Berita Terkini

Reaksi Antoine Griezmann dengan persembahan Paul Pogba

Img 20210815 112928 572

Paul Pogba telah bermain dengan baik dalam perlawanan pembukaan musim 21/22 ketika menentang Leeds United.

Pogba telah mencipta, 4 ‘assist’ semasa United menang 5-1 dalam perlawanan tersebut. Pada musim lepas, Pogba hanya mencipta 3 ‘assist’ untuk 1 musim.

Perkembangan baik ini telah membuktikan kelebihan dan kemampuan sebenar kualiti yang ada pada Paul Pogba. Dia telah menerima sorakan padu daripada peminat-peminat United yang telah membanjiri stadium Old Trafford.

Pogba dalam akaun Instagramnya, telah muat naik gambar kejayaannya pada perlawanan tersebut. Dia telah menerima pujian daripada rakan-rakannya. Salah seorang daripadanya adalah bintang Barcelona, Antoine Griezmann.

IMG_20210815_112932_771

Rakan sepasukan baru Pogba yang menyertai United Raphael Varane juga tidak ketinggalan memberi respon emoji api. Manakala Lindelof pula memberi reaksi ‘seorang pemain yang tidak dinafikan kehebatannya’

Sancho, Telles dan Lingard juga telah memberikan respon yang baik kepada persembahanan Pogba pada perlawanan tersebut begitu juga bekas rakan sepasukannya, Paulo Dybala.

IMG_20210815_112937_587

Solskjaer begitu gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh Paul Pogba pada perlawanan malam tadi.

“Saya mempunyai perhubungan yang baik dengan Pogba sejak dia masih kecil lagi. Hari ini dia telah buktikan kepada semua dan dia gembira untuk perkara tersebut. Perlawanan 45 minit ketika menentang Everton tidak boleh dinilai kerana ia merupakan perlawanan pertama baginya untuk musim ini.”

“Kami telah memberikan dia kebebasan untuk bergerak ke mana-mana bahaagian jika dia inginkan bola atau mahu mendapatkan bola. Dia mempunyai kualiti hantaran dan penglihatan yang sangat bagus dalam meilihat ruang yang dimiliki rakan sepasukannya.”

Aksi Pogba telah membuatkan peminat jatuh cinta dengannya. Peminat mengharapkan dia terus kekal bersama United dengan menandatangai kontrak baru sebelum hujung tahun ini.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245,345

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama.

Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro, Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: "Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama".

"Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro", Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

7 hours ago

135 CommentsComment on Facebook

Kena ketis berguling2 menjerit… x macam kapten zaman SAF

Klu MU lepas dia mmg bangang la

Bruno perlu kekal.. dia yg paling perform dan bg 100% setiap game.. orng yg paling bnyak create chances dlm epl.. striker je sendu

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

RASMI ! Patrick Stewart, pengurus besar sementara, dan Cliff Baty, pengarah kewangan, telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim ini. 

Jean-Claude Blanc akan bertindak sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Omar Berrada pada 13 Julai. Cliff Baty akan digantikan oleh Roger Bell. 

Joel Glazer: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas perkhidmatan mereka kepada Manchester United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka untuk masa hadapan. Kedua-duanya telah menjadi sumber rujukan dan kepakaran yang tidak ternilai selama bertahun-tahun. 

Jim Ratcliffe: Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas sokongan dan bantuan mereka. Saya menghormati keputusan mereka untuk berpindah kerana kami meletakkan hala tuju baharu untuk kelab.

November tahun lalu, United telah mengumumkan bahawa Richard Arnold meninggalkan kelab dan digantikan dengan Patrick Stewart selaku ketua eksekutif sementara mereka setelah Richard berada di kelab itu sejak 2006.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

RASMI ! Patrick Stewart, pengurus besar sementara, dan Cliff Baty, pengarah kewangan, telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Jean-Claude Blanc akan bertindak sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Omar Berrada pada 13 Julai. Cliff Baty akan digantikan oleh Roger Bell.

Joel Glazer: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas perkhidmatan mereka kepada Manchester United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka untuk masa hadapan. Kedua-duanya telah menjadi sumber rujukan dan kepakaran yang tidak ternilai selama bertahun-tahun."

Jim Ratcliffe: "Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas sokongan dan bantuan mereka. Saya menghormati keputusan mereka untuk berpindah kerana kami meletakkan hala tuju baharu untuk kelab."

November tahun lalu, United telah mengumumkan bahawa Richard Arnold meninggalkan kelab dan digantikan dengan Patrick Stewart selaku ketua eksekutif sementara mereka setelah Richard berada di kelab itu sejak 2006.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

17 hours ago

10 CommentsComment on Facebook

Board Chelsea hati pompuan zaman Roman dulu..Klau DPT dia baguih jugak..pandai cari player dgn harga elok ttp jual player dgn harga mahal..

Harap lepas ni tolong bersihkan team medik pulak,kalau boleh tolong tidurkan kepala team medik tu.

elok laa tu bukan bagus mana pun staf MU bawah lantikkan Glazer nih. sebab tu serba serbi Kelab bermasalah.

Load More