Berita Terkini

Tentang Kami

Bermula sejak 13 Mac 2015

BMU kini Pertubuhan Rasmi. Adalah dimaklumkan bahawa BMU kini telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan dibawah pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS mulai 13 Mac 2015.

Pertubuhan menggunakan nama rasmi iaitu Kelab Peminat Buletin Manchester United dan ringkasannya adalah BMU. Bernombor daftar : PPM-011-14-13032015.

Dengan matlamat kami yang akan menyampaikan segala info berkaitan Manchester United kepada anda, kami amat serius didalam mengembangkan sokongan kepada kelab ini di Malaysia melalui pendaftaran rasmi ini.

BMU juga menjadi agensi pusat untuk mengatur pelbagai aktiviti dan program anjuran kami kepada Peminat Buletin Manchester United dan penyokong Manchester United di Malaysia dan Asia.

Nantikan maklumat terikini daripada kami disini dan juga di www.bmumalaysia.com. Pendaftaran rasmi menjadi ahli BMU sedang dibincangkan dan dijangka akan dilancarkan sebelum akhir tahun 2015.

Ayuh! Kita bersatu menjadi sebuah kelab penyokong Manchester United yang terbaik di Malaysia dan juga di Asia!