Berita Terkini

Hojlund perlu ambil peluang dengan ketiadaan Romero

Image 2023 12 29 073349910

Berita malang tiba dari kem Tottenham Hotspur semalam, dengan Ange Postecoglou mengesahkan Cristian Romero kini cedera untuk pasukannya dan akan kembali selepas ’empat atau lima minggu’.

“Tidak begitu baik dengan Romero. Beliau menjalani imbasan dan mengalami regangan hamstring. Kami menganggarkan empat hingga lima minggu untuk pemulihannya,” ujarnya dalam sidang akhbarnya.

Pemain bernilai £42.5 juta itu menyertai senarai pemain cedera di Spurs, termasuk James Maddison, Micky van de Ven, Rodrigo Bentancur, dan Ivan Perisic – yang semua kemungkinan besar juga akan terlepas perlawanan menentang United tahun hadapan.

Image 2023 12 29 073322959
Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images

Manchester United akan menentang Spurs pada 14 Januari, jadi kelihatan Romero tidak akan menjadi kebimbangan bagi pemain-pemain United.

Selepas gol pertamanya dalam Liga Perdana, ramai kini mengharapkan Rasmus Hojlund untuk terus bersinar dalam jersi merah.

Penyerang muda Denmark berusia 20 tahun itu mengalami kemarau gol yang ketara untuk United, tetapi kemenangan 3-2 menentang Aston Villa pastinya akan memberinya keyakinan yang besar.

Walaupun kita tidak akan merayakan kecederaan seorang pemain, Hojlund akan lebih yakin menjelang perlawanan tanpa kehadiran Romero di padang.

Ini akan menjadi penampilannya yang pertama menentang Tottenham, harapannya dapat mengulangi pencapaiannya menentang Villans.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

Sir Jim Ratcliffe bertegas “Tiada lagi bekerja dari rumah (WFH)”

SJR mengarahkan kakitangan bukan bola sepak kelab untuk kembali ke pejabat mereka di Manchester dan London, dengan objektif untuk menamatkan tempoh bekerja dari rumah yang telah dilaksanakan sejak wabak COVID-19. Inisiatif ini diketuai oleh INEOS dan dibentangkan kepada kakitangan pada mesyuarat pada hari Rabu. 

Pelan ini menghadapi tentangan sebelum ini daripada ahli kepimpinan eksekutif, termasuk Patrick Stewart, yang pemergiannya telah disahkan pada Rabu. 

Terdapat pelbagai reaksi terhadap penstrukturan semula dasar ini, dengan sebahagian kakitangan memberi sokongan terhadap keinginan INEOS untuk perubahan, manakala yang lain merasakan keseimbangan kerja-kehidupan mereka akan terganggu oleh dasar baharu ini. 

SJR ingin membawa United selaras dengan dasar INEOS yang mewajibkan pekerja memasuki pejabat mereka sepenuh masa. Selepas pandemik, kakitangan kelab menghabiskan lebih sedikit masa di pejabat kerana persekitaran kerja menjadi lebih fleksibel. 

Masalah telah timbul dengan ruang pejabat yang telah dikonfigurasikan semula agar sesuai dengan pengaturan kerja yang fleksibel sepanjang tahun lepas, bermakna pada masa ini tidak terdapat meja yang mencukupi di lokasi Manchester atau London untuk menampung keseluruhan kakitangan. Ruang kerja di pejabat United di Manchester sendiri semakin berkurangan selepas beberapa pejabat kakitangan di situ turut dijadikan tempat penginapan pada hari perlawanan. 

(Adam Crafton/The Athletic)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

... See MoreSee Less

5 hours ago

44 CommentsComment on Facebook

Berita drp page lain: Final FA Cup - kali ni tiada lagi 1000 tiket percuma utk 'strong supporters' n kakitangan kelab termasuk ahli keluarga (sblm2 ni ada, siap free penginapan). Atas arahan Sir Jim n Ineos

wahh mmg dari dlm byk masalah haaa.. moga boss sir jim kasi rombak habis habisan...

Masih wfh staff2 man u , patut la makin lingkup

Load More

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama.

Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro, Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: "Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama".

"Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro", Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

23 hours ago

166 CommentsComment on Facebook

Kena ketis berguling2 menjerit… x macam kapten zaman SAF

Klu MU lepas dia mmg bangang la

Bruno perlu kekal.. dia yg paling perform dan bg 100% setiap game.. orng yg paling bnyak create chances dlm epl.. striker je sendu

Load More