Berita Terkini

Cara sepakan percuma kemenangan itu adalah idea Edinson Cavani

Sepakan Percuma Kemenangan Itu Adalah Idea Edinson Cavani

Idea Edinson Cavani telah memberikan jaringan kemenangan kepada United selepas sepakan percuma Bruno Fernandes menerjah jaring menewaskan penjaga gol Liverpool. Pemain antarabangsa Portugal itu telah meledak padu masuk untuk kejayaan United 3-2 ke atas Liverpool pada minit ke 78. United memperolehi sepakan percuma selepas Fabinho menajtuhkan Cavani di depan kotak penalti yang pada ketika itu kedudukan semasa perlawanan terikat 2-2.

Allison dilihat tidak mampu menyelamatkan bola berkenaan selepas bola tersebut disepak bertentangan dengan arah benteng tembok yang dibina dihadapannya. Selepas menjaringkan gol berkenaan, Bruno terus berlari ke arah Cavani sebagai tanda terima kasih dengan idea yang diberikannya. Dia telah memberitahu media selepas perlawanan,’Saya selalu berlatih untuk situasi sepakan percuma seperti ini, dan kali ini ia menjadi. Sebelum mengambil sepakan tersebut, Cavani ada memberi tahu saya untuk sepak kuat ke arah bertentangan benteng pertahanan pasukan lawan. Dan saya mencubanya lalu masuk.’

Ole Gunnar Solskjaer juga ada memberitahu, Bruno kerap melakukan latihan sepakan percuma pada hari sabtu baru ini walaupun dia telah diberitahu untuk berada sebagai pemain simpanan pada perlawanan tersebut. Fernandes dibawa masuk pada separuh masa kedua selepas permainan Donny van de Beek kelihatan suram pada babak kedua.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama.

Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro, Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Petikan Kata |

Sehari selepas timbul berita mengenai para pemain utama kelab bakal dijual untuk projek rombakan besar-besaran, Bruno Fernandes antara nama yang tidak terlepas dari pertanyaan media mengenai masa depannya bersama kelab.

Bruno Fernandes: "Masa depan saya? Buat masa ini, saya rasa saya dan kelab mahu terus bersama".

"Saya tidak memikirkan masa depan. Jika anda mahu saya berterus-terang, jika saya perlu berfikir untuk tidak kekal, ia tidak akan berlaku sehingga selepas final Piala FA dan Euro", Bruno memberitahu DAZN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

8 hours ago

139 CommentsComment on Facebook

Kena ketis berguling2 menjerit… x macam kapten zaman SAF

Klu MU lepas dia mmg bangang la

Bruno perlu kekal.. dia yg paling perform dan bg 100% setiap game.. orng yg paling bnyak create chances dlm epl.. striker je sendu

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

RASMI ! Patrick Stewart, pengurus besar sementara, dan Cliff Baty, pengarah kewangan, telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim ini. 

Jean-Claude Blanc akan bertindak sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Omar Berrada pada 13 Julai. Cliff Baty akan digantikan oleh Roger Bell. 

Joel Glazer: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas perkhidmatan mereka kepada Manchester United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka untuk masa hadapan. Kedua-duanya telah menjadi sumber rujukan dan kepakaran yang tidak ternilai selama bertahun-tahun. 

Jim Ratcliffe: Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas sokongan dan bantuan mereka. Saya menghormati keputusan mereka untuk berpindah kerana kami meletakkan hala tuju baharu untuk kelab.

November tahun lalu, United telah mengumumkan bahawa Richard Arnold meninggalkan kelab dan digantikan dengan Patrick Stewart selaku ketua eksekutif sementara mereka setelah Richard berada di kelab itu sejak 2006.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

RASMI ! Patrick Stewart, pengurus besar sementara, dan Cliff Baty, pengarah kewangan, telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim ini.

Jean-Claude Blanc akan bertindak sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Omar Berrada pada 13 Julai. Cliff Baty akan digantikan oleh Roger Bell.

Joel Glazer: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas perkhidmatan mereka kepada Manchester United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka untuk masa hadapan. Kedua-duanya telah menjadi sumber rujukan dan kepakaran yang tidak ternilai selama bertahun-tahun."

Jim Ratcliffe: "Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Patrick dan Cliff atas sokongan dan bantuan mereka. Saya menghormati keputusan mereka untuk berpindah kerana kami meletakkan hala tuju baharu untuk kelab."

November tahun lalu, United telah mengumumkan bahawa Richard Arnold meninggalkan kelab dan digantikan dengan Patrick Stewart selaku ketua eksekutif sementara mereka setelah Richard berada di kelab itu sejak 2006.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

18 hours ago

10 CommentsComment on Facebook

Board Chelsea hati pompuan zaman Roman dulu..Klau DPT dia baguih jugak..pandai cari player dgn harga elok ttp jual player dgn harga mahal..

Harap lepas ni tolong bersihkan team medik pulak,kalau boleh tolong tidurkan kepala team medik tu.

elok laa tu bukan bagus mana pun staf MU bawah lantikkan Glazer nih. sebab tu serba serbi Kelab bermasalah.

Load More