Berita Terkini

‘Itu adalah Paul Scholes’ Peminat teruja dengan aksi Scott McTominay

'itu Adalah Paul Scholes' Peminat Teruja Dengan Aksi Scott Mctominay

Peminat Manchester United begitu teruja di laman sosial dengan persembahan Scott McTominay ketika United menang 3-1 ke atas Burnley awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Scotland itu menjaringkan gol pertama United pada minit ke-8. Scott melepaskan tendangan padu melepasi penjaga gol lawan Wayne Hennessey di sebelah kanan tiang gol.

Peminat telah mengundi dan memilih Scott sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mempamerkan aksi bertenaga di atas padang seperti lagenda Paul Scholes, Zinedine Zidane dan Pirlo.

Di ambil dari Twitter, ‘Scott McTominay sangat luar biasa pada malam ini. Dia menjaringkan gol, dia berlari mengejar, mengawal bola dengan baik dan mengasak pemain lawan. Persembahan mantap.’

Selain itu, ‘Saya mengharapkan Scott McTominay meneruskan kecermelangan persembahannya itu pada setiap perlawanan.’

Ada juga yang bergurau,’Scott McTominay telah bertukar menjadi pemain lagenda seperti Zidane.’ dan ‘Dia bukan Scott McTominay yang sebenar di atas padang, dia adalah Paul Scholes.’

Lagenda Arsenal Thiery Henry juga tidak ketinggalan memuji aksi persembahan Scott, ‘Malam yang cukup cemerlang bagi McTominay. Dia memberikan respon yang cukup baik sepanjang perlawanan. Tenaga yang diberikan amat diperlukan dalam pasukan. Semangat dan komitment yang dipamerkan memberi impak positif kepada pasukan.’

Anda akan membandingkan dia dengan pemain-pemain sebelum ini. Namun bagi saya, saya suka dengan kematangan yang telah dia tonjolkan di dalam padang dan diluar padang./ Dia bermain sebagai satu pasukan dan dia berkebolehan menjadi ketua dalam pasukan tersebut.’

Selain itu, Pengurs Belgium, Roberto Martinez juga bersetuju dengan pendapat Henry,’Dia telah membolehkan 4 pemain di bahagian atas bermain dengan baik. Peranannya sangat penting dengan sokongan di bahagian tengah apabila anda memiliki ramai pemain yang kreatif di atas padang.’

‘Dia sentiasa membantu rakan sepasukan apabila barisan pertahanan menerima ancaman serangan. Gol yang dia jaringkan itu sangat cantik. Dia sangat yakin dengan tendangan itu dan persembahannya adalah luar biasa.

Scot McTominay juga telah memberikan jersi yang dipakainya itu kepada seorang peminat cilik yang telah memegang sepanduk inginkan baju yang di pakai Scott. Keluara si cilik itu begitu gembira dan berterima kasih dengan jersi yang mereka terima itu.

Sumber dari Charlotte Daly Wartawan Sukan Mail Online.

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

| BMU - Informasi Semasa |

EKSKLUSIF. Menurut ESPN, Manchester United dilaporkan sedang mendahului persaingan untuk menandatangani Michael Olise sekiranya pemain sayap itu meninggalkan Crystal Palace pada musim panas ini. 

Olise mempunyai klausa pelepasan antara £50 juta hingga £60 juta. United mungkin bersedia menawarkan Aaron Wan-Bissaka sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian.

Fabrizio Romano setakat ini, masih belum mengemaskini status semasa mengenai kesahihan berita ini, namun menerusi siar semula hantaran beliau pada Februari 2024 tentang penyertaan United dalam persaingan mendapatkan Olise, seolah-olah memberi gambaran berita ini ‘ada kebenarannya’.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

... See MoreSee Less

13 hours ago

61 CommentsComment on Facebook

Tambah katil dlm hospital siap2 laa klau sign dia ni .. baguih tp kaca .. better ambik eze atau neto ..

Power memang power. Tapi kuat injured season ni. Season ni je 2 kali injured hamstring

pesonal terms mmg dh setuju dh....dh lme dh...

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

EKSKLUSIF. Erik Ten Hag menafikan khabar angin yang mendakwa Manchester United akan membuat rombakan besar untuk menjual pemain utama kelab dan mencari dana yang tinggi untuk pemain baharu:

Kami TIDAK akan menjual sebahagian daripada skuad utama kami, itu tidak masuk akal.

Setiap musim panas, (sentiasa akan keluar berita) 200 pemain dikaitkan dengan minat dengan Manchester United dan kami akan menjual semua pemain dalam skuad kami. 

Anda (media) membuat semua tajuk utama dan anda perlu bertanggungjawab bagaimana anda membuat tajuk sedemikian.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

EKSKLUSIF. Erik Ten Hag menafikan khabar angin yang mendakwa Manchester United akan membuat rombakan besar untuk menjual pemain utama kelab dan mencari dana yang tinggi untuk pemain baharu:

"Kami TIDAK akan menjual sebahagian daripada skuad utama kami, itu tidak masuk akal.

Setiap musim panas, (sentiasa akan keluar berita) 200 pemain dikaitkan dengan minat dengan Manchester United dan kami akan menjual semua pemain dalam skuad kami.

Anda (media) membuat semua tajuk utama dan anda perlu bertanggungjawab bagaimana anda membuat tajuk sedemikian".

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

13 hours ago

62 CommentsComment on Facebook

Jual dato pod

Aikk masih simpan lg ke Matpod tu alahaii²

Of course lah tak jual semua, papa Ten. Aku sikat rambot kau tu baru tahu🤣 Kan board focus pada players yg nak habis kontrak and based pada performance. Tu psl ada news psl audit dlm dressing room bagaikan. They never say no pada reasonable/ right offer utk some players. Tapi papa Ten ni korang ni pun mcm baru sehari dua paham taktik dia tu. 😅 Dia kan selalu ckp A, tapi buat B. Mmg takkan dia bgtahu cite sebenar behind the closed door kan.

Load More