Berita Terkini

Peminat United berharap Varane dan Sancho dapat sertai latihan pada minggu ini

Peminat United Berharap Varane Dan Sancho Dapat Sertai Latihan Pada Minggu Ini

Masa berdetik dengan begitu cepat. Musim baru akan bermula pada 14 Ogos 2021. United telah mendapatkan 2 pemain bintang yang baru namun kelibat kedua-dua pemain ini masih belum dilihat di sesi latihan United.

Oleh Gunnar Solskjaer ada memberitahu yang semua orang akan ade di United pada hari Isnin ini selepas perlawanan menentang Brentford.

Jika kata-kata Solskjaer ini diambil kira, seharusnya Sancho juga akan berada di Carrington. Dia sebelum ini berada di United hanya untuk tujuan sesi penggambaraan dan ‘medical check up’.

Sancho kini sedang bercuti disebabkan pasukan England layak ke peringkat akhir Euro 2020.

Malam semalam, Sancho telah muat naik diInstagramnya gambar dia sedang bercuti. Namun gambar tersebut masih belum jelas sama ada dia masih diluar negara atau telah pulang ke UK. Jika kembali kita lihat apa yang Solskjaer maklumkan, bermakna dia sudah pulang.

United kini mempunyai baki 2 minggu sebelum musim baru bermula. Sesi latihan yang terurus dan berdisiplin akan membolehkan keserasian para-pemain dapat dipercepatkan.

Sabtu minggu ini, Man United akan menentang Everton bagi perlawanan persahabatan terakhir di Old Trafford. Pasti akan ade ruang dan masa bagi setiap pemain senior ini untuk bermain sekitar 40-45 minit permainan. Ia akan menjadi hari yang dinanti-natikan oleh peminat di mana pemain-pemain utama United telah kembali bermain.

Walaupun Sancho dijangka akan bersama kem latihan pada Isnin ini bersama-sama dengan rakan sepasukannya Harry Maguire dan Luke Shaw. namun Marcus Rashford tidak akan menyertai pasukan pada 2 bulan ini kerana dia akan menjalani pembedahan kecederaannya.

Nama-nama lain seperti David De Gea, Victor Lindelof, Paul Pigba, Fred dan Cavani dijangka akan bersama pada hari Isnin ini juga. Pasti gambar Sancho akan menjadi perhatian lensa-lensa kamera di United.

Varane pula akan datang ke United pada Isnin ini, dia dijangka akan menjalani kuarantin sebelum melengkapkan secara rasminya pada minggu ini juga. Varane berkemungkinan akan menyertai sesi latihan pada minggu hadapan paling awal.

Lain-Lain Artikel