Zidane Iqbal wira United bawah 23 United

(Photo by Harry Langer/DeFodi Images via Getty Images)
0

Pasukan bawah 23 tahun United mencatatkan kemenangan pertama pada musim ini. Zidane Iqbal berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 89 untuk membolehkan United bawah 23 tahun menewaskan Brighton dengan 2-1. Zidane telah bermain untuk pertama kalinya bersama pasukan bawah 23 tahun United. Anthony Elanga telah meletakkan United dihadapan dengan jaringan 1-0 menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari di dalam kotak penalti.

Brighton berjaya menyamakan kedudukan dan perlawanan tersebut dilihat seakan-akan akan berkahir dengan keputusan seri 1-1. Namun Iqbal berjaya menjaringkan gol dilewat permainan untuk penampilan pertamanya itu. United bawah 23 tahun ini berjaya mengecapi kemenangan pertama selepas tewas 2 kali berturut-turut kepada Man City dan Arsenal. Kemudian mereka mencatatkan keputusan seri ketika menentang Leicester City dan Chelsea.

Klip video gol-gol perlawanan

Dalam perlawanan itu juga, kita dapat lihat kemunculan Dean Henderson berada di posisi penjaga gol. Dia sedang meningkatkan tahap kecergasannya selepas berehat panjang disebabkan kecederaan. Ada kemungkinan ini merupakan persediaan awal Henderson sebelum beraksi untuk Piala Carabao menentang West Ham nanti. Di barisan pertahanan pula, United telah di barisi gandingan Phil Jones dan Teden Mengi yang merupakan kapten pasukan bawah 23 tahun United.

philjones

Daripada kesebelasan ini, beberapa pemain muda akan mendapat peluang untuk terlibat dalam Piala Carabao nanti dan yang lain akan meneruskan cabaran untuk EFL Trophy untuk bawah 23 tahun. Pasukan bawah 23 tahun United ini akan berhadapapn minggu yang sibuk pada minggu ini dengan selepas itu mereka akan menentang Everton untuk perlawanan liga.

- Advertisement -