Berita Terkini

Zidane Iqbal wajar diberi peluang dalam kejohanan piala..

43939C25-0C7F-4D56-9C43-9E09B5A9659A

Manchester United meraih kemenangan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana.

United kini berada ditangga keempat dengan pungutan mata yang sama bersama Newcastle dan dua mata dihadapan Spurs yang baru menewaskan Crsytal Palace

United kelihatan dalam kedudukan yang kukuh untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan dengan baki 21 perlawanan lagi dalam kempen liga.

Dengan kelab itu masih dalam semua pertandingan, perlu ada penggiliran di sini dan Zidane Iqbal boleh membuat kejayaan di bawah pengurus Erik ten Hag

Pemain muda itu sangat mengagumkan untuk Red Devils semasa pramusim, tetapi dia masih belum bermain perlawanan kompetitif musim ini walaupun berada di bangku simpanan.

Bagaimanapun, dia boleh membuat penampilan menentang sama ada Everton (pusingan ketiga Piala FA) atau Charlton Athletic (suku akhir Piala Carabao) sebelum United menentang Manchester City dalam liga.

Ten Hag sudah pun berkata bahawa dia mahu memenangi setiap pertandingan, tetapi pemgurus Belanda itu akan memberi tumpuan untuk merehatkan beberapa pemain menjelang perlawanan derby Manchester pada 14 Januari.

Zidane Iqbal mungkin salah seorang pemain yang wajar diberikan minit permainan dalam polisi penggiliran pemain terutama selepas kecederaan yang dialami Van de Beek

United kini mempunyai Bruno Fernandes dan Christian Eriksen, yang merupakan pemain tetap dalam senarai no. 10 dan peranan no 8 , tetapi tidak melihat mereka melengkapkan 90 minit dalam dua perlawanan seterusnya.

Ini sepatutnya membuka peluang kepada Iqbal untuk menentang sama ada Everton atau Charlton. Pemain berusia 19 tahun itu mungkin tidak bermula tetapi boleh mendapat peluang untuk membuat impak dari bangku simpanan.

Iqbal sudah pun melihat Alejandro Garnacho merebut peluangnya di bawah Ten Hag penggal ini. Perlawanan Piala yang akan datang boleh menyediakan platform untuk pemain tengah itu menarik perhatian pengurus.

Sumber : Man Utd News

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar