Yves Bissouma meraikan kehadiran Cristiano Ronaldo ke Liga Perdana Inggeris

0

Salah seorang pemain tengah dalam Liga Perdana Inggeris, Yves Bissouma telah menyambut baik kehadiran Cristiano Ronaldo kembali ke England. Pemain The Brighton dan Hove Albion ini menyampaikan ucapan penghargaan dan hormat ke atas Cristiano Ronaldo yang menjadikan inspirasi kepada setiap pemain dalam laman sosialnya.

Cristiano Ronaldo telah berjaya melengkapkan perpindahan dari Juventus ke United pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Yves Bissouma menyampaikan mesej yang hampir kesemua pemain di Liga Perdana Inggeris gembira dengan kehadiran Cristiano Ronaldo ke saingan Liga Perdana Inggeris. Walaupun usia Cristiano Ronaldo telah mencecah usia 36 tahun, dia masih lagi menjadi inspirasi kepada para pemain di atas kualiti, sikap dan personaliti yang dipamerkan sepanjang kariernya. Setiap pemain mempunyai hasrat untuk bermain berlawan dengan Cristiano Ronaldo untuk menguji kebolehan mereka sendiri ketika berhadapan dengan pemain terbaik dunia itu.

Coretan Yves Bissouma mengenai kehadiran Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo menjadi contoh seorang atlet pemain bola sepak di atas padang. Ramai pemain bola sepak lain cemburu dengan kejayaan yang dimiliki pemain tersebut. Ramai yang berusaha untuk mengatasi setiap rekod yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo. Yves Bissouma kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang pemain yang mempunyai masa depan yang cerah dalam karier bola sepaknnya. Dia telah mempamerkan aksi yang baik ketika berhadapan United di Old Trafford pada awal tahun ini.

Rangkuman aksi Yves Bissouma yang menjadi salah seorang pemain pilihan peminat

Walaupun peminat ada menyebut nama Yves Bissouma seharusnya menjadi buruan pasukan United pada musim baru ini, namun United dilihat tidak serius untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Dia merupakan pemain berbakat di bahagian tengah dan nilai perpindahannya mampu dibayar oleh pihak United.

United masih lagi mempunyai pilihan untuk mendapatkan Yves Bissouma pada jendela perpindahan bulan Januari nanti jika Untied masih lagi bergelut di bahagian tengah sedia ada. Pasti mimpi menjadi realiti bagi Yves Bissouma jika United menyatakan hasrat untuk membawa dia ke Old Trafford sekaligus memberikan dia peluang bermain bersama Cristiano Ronaldo dalam satu pasukan.

- Advertisement -