Xavi puji peranan Maguire. Tolak sertai United untuk setia bersama Barcelona

0

Pemain lagenda Barcelona, Xavi telah membincangkan mengenai peranan Harry Maguire di Euro 2020 bersama pasukan England serta kagum dengan kualiti yang di ada.

Xavi telah bercakap perkara yang baik-baik mengenai pemain pasukan England. Namun topik yang menjadi perkara utama adalah bagaimana Harry Maguire menjadi kunci kejayaan cara permainan yang England mainkan dalam Euro 2020. Maguire mempunyai kelebihan untuk membawa bola keluar daripada kawasan pertahanan.

Pemenang Piala Dunia itu memberitahu The Times,’Dengan adanya Maguire, dia mampu bawa bola kehadapan untuk mengatasi tekanan daripada pasukan lawan. Pemain ‘full-back’ sentiasa memberikan sokongan yang bagus kepada pertahanan tengah membolehkan corak permainan pasukan England ini lebih menarik di bawah pengendali Gareth Southgate.’

Xavi juga ingin melihat aksi Rashford pada EUro 2020 yang lepas, namun disebabkan masalah kecederaan, perkara itu tidak berlaku. Maguire telah berada dalam senari kesebelasan utama terbaik pasukan EUro 2020 walaupun dia tidak bermain dalam 2 perlawanan awal dalam peringkat kumpulan.

Reputasi Maguire sangat memberikan kesan positif kepada pasukan England dalam kejohanan Euro 2020 kali ini.

Selain itu, Xavi ada menceritakan mengenai bagaimana United pernah cuba untuk mendapatkan khidmatnya pada era Sir Alex Ferguson. Namun dia menolak kerana mahu terus kekal di Barcelona.

‘Manchester United ada menghubungi saya sekali menerusi abang Sir Alex Ferguson, namun jawapan saya adalah ringkas. Saya ingin fokus bersama pasukan Barcelona. Barcelona adalah pasukan utama saya. Saya adalah peminat sejati serta berpeluang bermain untuk Barcelona. Sukar untuk saya meninggalkan Barcelona untuk berhijrah ke kelab lain.’

Perkara ini berlaku juga kepada Paul Scholes dan juga Ryan Giggs. Mereka bertiga ini mempunyai pendirian tetap dan setia bersama 1 pasukan. Xavi telah memainkan peranan penting ketika United tewas 2 kali kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah tahun 2009 dan 2011.

- Advertisement -