Williams Dan Tuanzebe Akan Dipinjamkan Dengan Nilai 8.75 Juta Pound

0

Betapa sukarnya mendapatkan pemain baru pada musim panas ini, sukar lagi hendak menjual pemain sendiri. Itulah yang berlaku kepada Manchester United. Pemain yang keluar dari United tidak banyak memberikan pulangan kepada United.

Johan Guadagno yang meninggalkan akademi United untuk ke FC Conpehagen telah pergi secara percuma. Charlie McCann yang telah dijual ke Rangers hanya membawa pulang 750 Ribu Pound sahaja. Hanya 2 pemain akademi ini sahaja yang telah meninggalkan United.

Untuk menstabilkan sumber kewangan United, beberapa pemain senior perlu dihantar ke kelab lain untuk urusan pinjaman selama setahun.

Menurut laporan The Telegraph, United ingin menghantar Axel Tuanzebe ke kelab lain dengan nilai 5 juta Pound. Aston Villa dan Newcastle United adalah antara kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.

Selain itu, terdapat juga laporan menyatakan yang Brandon Williams diintai beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti Southampton dan Norwich City. Nilai Williams ialah sekitar 3.75 juta Pound.

United mengharapkan kelab yang meminjam para pemain ini dapat membayar ‘yuran pinjaman’ kepada United. Hal ini kerana pemain yang yang dipinjamkan ini mempunyai kualiti yang terbaik untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

Dari perspektif United, kesan dari pinjaman 2 pemain muda Tuanzebe dan Williams ini dapat mengurangkan kadar pembayaran gaji mingguan. Sekiranya United kurang menggunakan khidmat mereka pada setiap minggu, ini akan merugikan United kerana khidmat mereka tidak digunakan dalam setiap perlawanan.

United juga tidak mempunyai tujuan untuk menjual Tuanzebe atau Williams kerana mereka berdua akan menjadi prospek terbaik untuk kesebelasan utama United dalam 3 atau 4 tahun akan datang.

Pemain Lain yang Akan Dipinjamkan

Selain dari Tuanzebe dan Williams, United mempunyai perancangan untuk meminjamkan beberapa pemian muda seperti James Garner dan Diogo Dalot.

Peminjaman pemain ini akan mengurangkan kadar pembayaran gaji mingguan dan memberikan peluang masa bermain untuk pemain-pemain muda ini.

Selain itu, United turut mencari kelab yang mahu mendapatkan khidmat Phil Jones. Khabar angin menyatakan West Ham United berminat dengan Phil Jones.

Sekiranya Diogo Dalot juga dapat dipinjamkan, United akan membayar sejumlah wang untuk membawa pulang Kieran Trippier dari Atletico Madrid untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan kanan United.

- Advertisement -