Wilfred Ndidi telah buktikan mengapa di akan menjadi pemain yang amat diperlukan oleh United

0

Nemanja Matic telah pamerkan aksi yang memberangsangkan ketika perlawanan United menentang Everton baru-baru ini.

Tetapi peminat-peminat United tidak mengharapkan pemain berusia 33 tahun itu untuk memainkan watak penting untuk jangka masa panjang kelak.

United perlu menandatangai seorang pemain ‘defensive midfelder’ yang bertaraf bintang pada musim ini. Ada seorang pemain telah buktikannya di Wembley.

Wilfred Ndidi telah memainkan peranan utama pasukannya ketika Leicester City memenangi trofi ‘Community Shield’ di atas kejayaan menewaskan Man City 1-0.

Ndidi telah memenangi 4 ‘tackles’ dan melakukan 3 ‘interceptions’ dalam memastikan pasukan mereka dapat mengekalkan rekod tanpa bolos perlawanan tersebut walaupun dengan ketiadaan Wesley Fofana yang mengalami kecederaan.

Pemain antarabangsa Nigeria itu telah memenangi 7 ‘duels’, melakukan 2 ‘clearances’ dan 8 ‘ball recoveries’. Dia telah mengawal kawasan tengah dengan baik ketika dia bertemu dengan pemain berstatus bintang seperti Iikay GUndogan, Riyad Mahrez dan Fernandinho serta Jack Grealish yang dimasukkan sebagai pemain gantian.

Ndidi merupakan hero yang tidak didendang untuk pasukan Leicester City. Namun nilai yang Leicester letak untuk Ndidi adalah lingkungan 60 juta pound.

Ndidi merupakan salah seorang pemain tengah yang diidamkan oleh United. Dia sangat buktikannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada sebelum-sebelum ini.

Man City merupakan pasukan yang Man United perlu tewaskan. United telah melakukannya beberapa kali di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Namun, dengan kualiti penambahan seorang pemain seperti Ndidi ini, pasti boleh memberikan dia lebih peluang untuk mempamerkan pencapaian terbaik dalam kariernya jika dia bersama pasukan utama United.

Ndidi sangat serasi dengan corak permainan United. Dia mampu memberikan United tambahan pemain untuk melakukan serangan di bahagian atas. Pemain seperti Bruno dan Pogba boleh bergerak bebas di atas tanpa memikirkan siapa yang harus melakukan tugas di bahagian tengah ketika serangan balas pasukan lawan.

Pada musim lepas dia merupakan di antara pemain yang cemerlang di bahagian tengah dengan 3.7 ‘tackles’ dan 2.3 ‘interception pada setiap perlawanan.

Dengan kehadiran Ndidi, pasti akan memberikan United peluang yang lebih cerah dalam usaha menjuarai Liga Perdana Inggeris. Ia pasti akan menjadikan satu lagi perpindahan idaman para peminat United. United bakal bermain dalam saingan kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah, maka psati ada peluang untuk United menarik minat Ndidi untuk berhijrah ke United. Menarik untuk kita nantikan beberapa minggu akan datang.

- Advertisement -