West Ham berhasrat untuk mengekalkan khidmat Lingard secara tetap

0

Jesse Lingard beraksi dengan penuh yakin ketika bersama dengan West Ham United pada musim ini. The Hammers juga merancang untuk mengekalkan status Lingard sebagai pemain tetap pada musim depan.

Karier Lingard seperti dilahirkan semula ketika dia dipinjamkan bersama West Ham. Setelah begitu lama dia menjadi pemain simpanan di Manchester United pada musim ini, dia tidak pernah bermain di Liga Perdana Inggeris, sehingga West Ham membawanya secara pinjaman pada Januari lepas.

Hasilnya cukup luar biasa. Di bawah kendalian David Moyes, Lingard telah menjaringkan enam gol dan tiga assist dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris. West Ham kini berada di tempat keempat dalam kedudukan dengan 52 mata dari 30 perlawanan.

Persembahan baik Lingard bukan sahaja membantu West Ham bersaing untuk mendapatkan tiket Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan. Tetapi dia juga telah dipanggil untuk bersama dengan pasukan kebangsaan England pada rehat perlawnaan antarabangsa Mac lalu.

Oleh itu, spekulasi mengenai masa depannya di West Ham mula diperkatakan. Lingard jelas diperlukan oleh West Ham, tetapi United juga dipercayai akan mengembalikannya khidmatnya ke Old Trafford.

Lebih-lebih lagi, dalam kontrak pinjaman Lingard yang semasa, tidak ada pilihan pembelian tetap. Walaupun begitu, West Ham akan berusaha untuk mendapatkan khidmat Lingard.

“Kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Lingard kekal bersama West Ham pada musim hadapan. Persembahan yang dia pamerkan cukup luar biasa bagi kami,” kata sumber dalaman West Ham yang tidak disebutkan namanya kepada Sky Sports.

Harga pasaran Lingard pada masa ini bernilai 15 juta Euro, memetik data Transfermarket. Walaupun begitu, United mungkin berpeluang untuk meningkatkan harganya di atas kecermelangan prestasi semasa yang telah dipamerkan olehnya. Namun usia Lingard sudah menjangkau 28 tahun pasti kesukaran kepada United untuk meletakkan harga yang tinggi.

- Advertisement -