Wesley Fofana dan Declan Rice

0

Owen Hargreaves telah mengesa bekas pasukannya United untuk menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain Declan Rice dan Wesley Fofana.

Ramai peminat United diluar sana ingin melihat gandingan yang lebih bagus untuk Harry Maguire. Fofana telah berjaya membuat penampilan mantap dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini dengan membantu Leicester berada di kedudukan ke-3 liga. Fofana telah menutup ruang Caglar Soyuncu untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan Leicester. Dia mempunyai tubuh fizikal yang tegap di samping tenang ketika berada dalam kawalan bola. Fofana mempunyai  teknik pertahanan yang bagus.

Manakala, United juka perlu mendapatkan khidmat Declan Rice. Kehadiran Rice akan meningkatkan saingan di bahagian pemain tengah ‘defensive’ United yang sering melakukan rotasi pemain di antara Scott McTominay, Fred, Paul Pogba dan Nemanja Matic pada ketika ini. Pemain antarabangsa England ini mempunyai kepimpinan yang bagus sejak dilantik sebagai kapten utama pasukan West Ham pada musim ini. Dia baru berusia 20 tahun dan Moyes telah meletakkan harga £100 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.

‘Orang tidak mengenalinya. Dia mempuyai ketinggian 6 kaki 3 inci dan dilihat seperti seorang pertahanan. Dia mempunyai kualiti teknik pertahanan yang bagus. Dia juga mempunyai hantaran bagus serta mencipta peluang kepada pasukan.’

‘Saya ingin United mendapatkan Fofana kerana dia seperti sebuah kereta ferrari. Saya teringin melihat dia bersama pasukan United pada musim hadapan. Keluarkan duit, dapatkan pemain yang bagus itu.’

 

- Advertisement -