Berita Terkini

Wayne Rooney idamkan khidmat Amad Diallo secara pinjaman

Wayne-Rooney-idamkan-khidmat-Amad-Diallo-secara-pinjaman

Derby County berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda Manchester United, Amad Diallo secara pinjaman. Wayne Rooney yang juga pengurus pasukan Derby ingin memperkuatkan barisan pasukannya pada perpindahan Januari ini.

Pemain sayap yang berasal dari Ivory Coast itu telah melengkapkan perpindahan 25 juta pound dari Atlanta pada Januari tahun lepas. Namun peluang untuk dia bermain agak sedikit kurang disebabkan persaingan yang begitu sengit dalam pasukan.

Pemain berusia 19 tahun itu hanya membuat 9 penampilan bersama pasukan senior United dan menjaringkan 1 gol.  Pada musim ini Diallo hanya bermain selama 68 minit iatu ketika seri 1-1 dengan Young Boys dalam Liga Juara-Juara Eropah. Dia tidak hanya berada di bangku simpanan ketika United menang 3-2 ke atas Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain muda ini hampir dipinjamkan ke Feyernoord pada awal musim ini namun masalah kecederaan yang dialami mengakibatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Kontrak Diallo akan tamat pada 2025 dan United harus memanfaatkan ruang dan peluang untuk Diallo bagi mempertingkatkan lagi mutu permainan pemain muda ini bagi melayakkannya bermain dalam kesebelasan utama pasukan.

Derby kini berada di kedudukan terbawah liga ‘Championship’ dengan 11 mata di mana mereka telah menerima hukuman pemotongan mata sebanyak 21 mata disebabkan masalah pihak pengurusan. Mereka masih berusaha untuk memperbaiki kedudukan tersebut bagi mengelak daripada zon penyingkiran. Pasukan bimbingan Rooney ini telah mencatatkan 3 kemenangan dan 1 keputusan seri bagi baki 4 perlawanan lepas.

Sumber dari wartawan sukan Simon Jones, Mail Online

Dapatkan barangan United di shopee https://shp.ee/y2f7g5z

Lain-Lain Artikel