Wan-Bissaka akui dia gementar ketika ingin menyertai United

0

Wan-Bissaka telah mengauki yang dia gementar ketika menyertai United pada Jun 2019.

Dia telah membuat penampilan pertama bersama pasukan Crystal Palace pada Feb 2018 dan mempamerkan peningkatan prestasi yang begitu membanggakan.

Wan-Bissaka telah berkongsi kisah perjalanan kariernya di ‘Player Tribune’.

Dia juga merasakan perpindahannya ke United adalah terlalu awal pada ketika itu. “Saya tidak akan menipu, saya gementar dengan perpindahan tersebut.”

“Adakah saya bersedia untuk bermain dengan kelab besar seperti United. Saya merasakan saya masih belum selesai urusan saya di Palace. Mereka masih lagi dalam proses membantu saya mempertingkatkan lagi prestasi permainan saya. Saya merancang untuk kekal untuk beberapa musim di sana.”

“Selepas merasakan masa begerak begitu pantas, saya berjaya berada dalam kesebelasan utama pasukan. Saya merasakan seperti terus melompat dalam cabaran baru dan berjauhan dari tempat saya membesar, keluarga dan rakan-rakan.”

“Tawaran dari Manchester United. Tawaran ini bukan tawaran main-main yang dibuat. Hanya orang betul-betul terpilih akan menerimanya. Anda pasti mengakuinya.”

- Advertisement -