Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Walter Mazzarri:”Cavani seorang pemain yang mempunyai etika kerja yang tinggi”

Bekas jurulatih Napoli, Walter Mazzarri memberi pendedahan  mengenai etika kerja tinggi yang sering ditunjukkan oleh Edinson Cavani.

Menurutnya Sekiranya sesi latihan sudah berakhir namun Edinson Cavani akan tetap berada di padang untuk meningkatkan lagi keupayaannya.

Edinson Cavani baru sahaja menjadi pemain Manchester United secara rasmi.Dia direkrut secara percuma setelah kontraknya dengan PSG yang berakhir pada bulan Jun 2020 tidak diperbaharui.

Cavani datang ke Old Trafford pada usia 33 tahun. Selain itu, pada musim terakhirnya, Cavani sering mengalami kecederaan. Penampilannya juga dianggap mulai menurun pada musim 2019/2020.

Walter Mazzarri mengemudi Napoli dari 2009 sehingga 2013.Dia pernah berkerjasama dengan Edinson Cavani di Napoli.Jurulatih dari Itali itu juga memberi keterangan bahawa Cavani bukanlah pemain biasa.

“Dia tidak kelihatan seperti pemain top walaupun dia adalah salah satu pemain ternama,” kata Walter Mazzarri kepada The Athletic.

“Dari segi etika kerja, dia adalah individu yang pertama bersama Marek Hamsik.Dia tidak pernah mengeluh dan sentiasa melakukan latihan tambahan.Dia mahu berlatih walaupun sesi latihan sudah selesai.

“Cavani dapat berada di dalam padang sehingga  10 minit atau satu jam lebih lama daripada yang lain,” kata Walter Mazzarri.

Walter Mazzarri berpendapat Edinson Cavani adalah seorang pemain yang sentiasa profesional.Pemain dari Uruguay itu yang pertama tiba di tempat latihan dan yang terakhir pulang dari tempat latihan. 

“Dalam panas terik matahari, hujan, angin dan gelap, Cavani dan saya berada di padang Castelvolturno untuk mengasah pergerakan yang dia perlukan untuk menjaringkan gol,” kata Mazzarri.

“Cavani seperti Cristiano Ronaldo, keadaan tubuhnya berada di peringkat atas dan cukup mementingkan diri sendiri di atas padang. Dia selalu menginginkan setiap penalti, menyelesaikan serangan balas, dan menjadi pembunuh di kotak penalti.

Sumber: The Athletic

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd