Walaupun mendominasi perlawanan, Sepanyol gagal menembusi pertahanan Sweden yang diketuai Lindelof

0

Victor Lindelof bermain sebagai ketua pasukan Sweden ketika mana mereka mengatasi pasukan Sepanyol. Kedua-dua pasukan ini ada bertemu di Euro 2020 semasa perlawanan di peringkat kumpulan namun keputusan berakhir dengan 0-0.

Namun pada perlawanan kelayakan Piala Dunia baru ini, Sweden telah menewaskan Sepanyol dengan jaringan 2-1 menerusi Alexander Isak dan Victor Claessen. Namun Sweden bermula agak perlahan sehingga mereka ketinggalan 1-0 pada 4 minit pertama perlawanan menerusi Carlos Soler.

Namun jaringan penyamaan yang pantas berjaya dilakukan sekaligus menepis kelebihan awal pasukan Sepanyol sebelum Sweden menambah jaringan kemenangan perlawanan. Lindelof telah meminpin pasukan Sweden, dia berjaya membuat 12 ‘clearances’ untuk menahan asakan bertali arus dari Sepanyol.

Penjaga gol United, David de Gea sekali lagi berada di bangku simpanan selepas Unai Simon menjadi penjaga gol utama pasukan Sepanyol. Lindelof berkata dia sangat teruja dengan kejayaan menewaskan Sepanyol.

Statistik Lindelof.

‘Kami telah lakukan dengan baik sekali dan apa yang sangat menarik adalah kebenaran peminat untuk memasuki stadium menambahkan keceriaan kemenangan kami. Kami mahu berikan sesuatu dan kami berjaya meraikan kemenangan ini bersama mereka.’

Ini merupakan kekalahan pertama pasukan Sepanyol selepas 66 perlawanan tanpa kalah untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia. Sepanyol mendominasi perlawanan dengan 75% kawalan bola, namun mereka masih lagi gagal menembusi kekebalan pertahanan Sweden yang diketuai Lindelof.

Lindelof berpeluang untuk mengecapi kejayaan dalam 2 perlawanan seterusnya sebagai ketua pasukan selepas berjaya memenangi perlawanan menentang Sepanyol. Sweden kemudian akan bertemu Uzbekistan dalam perlawanan persahabatam dam menetang Gree di tempak lawan. Kejayaan menewaskan Sepanyol ini akan menjadi satu semangat kepada para pemain mereka untuk meneruskan rentak kemenangan.

- Advertisement -