United meneruskan perjalanan kempen Piala Carabao apabila berjaya melepasi halangan Burnley. Perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford memberikan kemenangan dua gol kosong United..
Beberapa hari selepas Piala Dunia Qatar berakhir, kempen kelab-kelab di eropah mula dimainkan semula. Para pemain kembali bersama kelab masing-masing untuk meneruskan perjuangan musim ini
Ianya berbeza dengan edisi piala dunia sebelum ini yang mana kejohanan berlangsung selepas kempen tamat.
Man United yang bermain berdepan Burnley mendapat semula pemain utama yang diberikan cuti seminggu selepas mereka tersingkir. Hanya Varane dan Martinez tidak hadir bersama skuad kerana masih dalam tempoh bercuti selepas perlawanan akhir..
Perlawanan menentang Burnley, United tidak memandang rendah pihak lawan dengan menurunkan pemain utama dalam kesebelasan utama.
Walaupun lawan cuba memberikan saingan hebat diawal permainan, tetapi United mempunyai kelebihan dengan kualiti pemain yang ada. Pemain tengah Christian Eriksen membuka jaringan pertama United.
Melalui serangan United berjaya mencorakkan satu permainan di sepertiga akhir lawan. Bruno Fernandes dengan bijak mencari Wan Bissaka disebelah kanan. Bola panjang yang baik disambut Wan Bissaka dengan membuat assist yang menarik. Menerbangkan badannya dengan membuat volley mencari Eriksen yang menunggu dihadapan gawang
Babak pertama berakhir dengan keputusan United mendahului dengan jaringan satu gol kosong.
Pada babak kedua United meneruskan momentum yang sama pada babak pertama. Bermain dengan intensiti tinggi dan cuba membunuh perlawanan dengan gol kedua
Ianya hadir pada minit ke 56 apabila larian solo Marcus Rashford menewaskan kesemua pemain lawan yang cuba menghalangnya. Membawa lari bersama bola bermula di bahagian tengah, Rashford tidak memandang kebelakang dengan meneruskan larian pantasnya
Dengan kepantasan dan ketangkasannya Rashford berjaya mengelirukan pertahanan lawan dengan kelicikan gelecekan ya di kotak penalti lawan. Menewaskan dua pemain sebelum melepaskan rembatan padu menerjah jaring di penjuru gawang lawan.
Ianya satu gol cantik dan mantap dari pemain yang menyerlah di piala dunia dengan tiga gol. Musim ini Rashford memulakan kempen sangat baik dan meneruskan skema tersebut. United membunuh perlawanan dengan gol kedua dan memenangi perlawanan
Selepas ini United menunggu siapakah lawan yang akan ditentang di suku akhir.
He’s insane pic.twitter.com/mT1GcpsCse
— r (@LukeShawArmy) December 21, 2022
The boy’s special ✨ pic.twitter.com/hM080G2JWd
— utdreport (@utdreport) December 21, 2022