VDB tidak termasuk dalam perjanjian untuk dapatkan Varane

0

Status pemain kebangsaan Belanda Donny van de Beek untuk kekal di Manchester United belum menjadi kepastian lagi kerana belum ada kata putus perihal masa depannya di Old Trafford.

Menurut Wartawan terkenal dari Itali, Fabrizio Romano mengatakan bahawa pemain itu akan meninggalkan Old Trafford sekiranya United mendapat tawaran yang sesuai dengan permintaan mereka.

Van de Beek telah direkrut oleh Manchester United di pasaran perpindahan musim panas pada tahun 2020 setelah pemain ini berjaya menjadi watak penting dalam kejayaan Ajax Amsterdam pada tahun 2019.

Perpindahannya pada musim lalu telah membuatkan semua pihak mempunyai harapan yang tinggi untuknya setelah ia berjaya membawa Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan menyingkirkan kelab besar seperti Real Madrid dan Juventus.

Semua pihak percaya bahawa Van de Beek akan menjadi watak penting untuk bergandingan dengan Paul Pogba dan Bruno Fernandes, yang tentunya akan membuat bahagian tengah Manchester United menjadi lebih menakutkan.Malangnya, harapan orang ramai tidak dipenuhi.

Daripada hadir sebagai status pemain bintang Van de Beek lebih kerap duduk di bangku simpanan. Pemain Belanda itu juga hanya berjaya membuat penampilan sebanyak empat kali dalam Liga Perdana musim lalu.

Kerana kekurangan peluang untuk bermain, desas-desus mengenai pemergian Van de Beek juga muncul.Beberapa laporan mengaitkannya dengan Real Madrid, dan Romano agak ragu bahawa pemain itu akan kekal di Old Trafford.

“Ini situasi 50/50.Dia berpeluang pergi jika ada tawaran penting, tetapi dia juga berpeluang kekal di Manchester United,” katanya di podcast Here We Go.

Pada kesempatan itu, Romano menolak sejumlah khabar angin yang berkaitan dengan Van de Beek. Seperti persoalan pemain yang akan dijadikan media pertukaran untuk minat Raphael Varane dan Arsenal.

“Dia tidak akan termasuk dalam perjanjian Varane dengan Real Madrid. Itu bukan sesuatu yang mereka bincangkan” kata Romano.

“Khabar angin mengenai Arsenal tidak benar.Dia tidak akan berpindah ke Arsenal.Mari kita lihat adakah ada kelab dari liga lain yang akan cuba menandatangani Van de Beek.”

“Van de Beek selalu bersikap profesional di Manchester United.Dia selalu fokus pada pasukan. Oleh itu, dia adalah pemain yang hebat. Manchester United sangat mencintainya.

(Here We Go Podcast – on The Sport Review)

- Advertisement -