Varane:”Mbappe ke United?kita akan lihat beberapa bulan akan datang”

0

1D778E5E-1550-4F0A-9A9F-4DE7047C795D

Pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane mengulas spekulasi mengenai masa depan Kylian Mbappe.

Pertahanan berusia 28 tahun itu mengakui bahawa penyerang Perancis itu akan diterima dengan baik sekiranya dia ingin berpindah ke Old Trafford.

Sejak kebelakangan ini, Mbappe dikaitkan dengan isu perpindahannya ke pasukan lain.Pemain ini juga 

terkenal sebagai pemain muda terbaik di dunia Ini kerana penyerang itu menunjukkan prestasi yang bagus bersama PSG dan juga pasukan kebangsaan Perancis.

Mbappe dijangka akan meninggalkan PSG pada musim panas tahun depan.Penyerang muda itu mengesahkan bahawa dia tidak akan memperbaharui kontraknya di PSG.

Setakat ini terdapat beberapa kelab yang dikhabarkan berminat untuk menandatanganinya. Namun, Real Madrid kini berada di posisi terdepan untuk mendapatkan khidmat penyerang itu.

Meskipun begitu Varane menganggap bahawa adalah wajar Mbappe ketika ini menjadi ‘barang’panas di pasaran perpindahan kerana dia berpendapat penyerang itu adalah penyerang terbaik ketika ini sehingga banyak kelab teruja untuk mendapatkan khidmatnya.

“Masa depan Mbappe? Dia tahu apa yang dia mahukan.Dia juga pemain bola sepak yang diminati oleh banyak kelab,” kata Varane kepada Route1Futbol.

Varane juga tidak menolak kemungkinan pemain muda itu mengikuti jejaknya ke Manchester United oleh kerana itu dia bersedia menyambut dengan tangan terbuka kehadiran Mbappe dalam pasukannya.

“Sekiranya dia [Mbappe] memilih Man United, maka akan menjadi satu kehormatan buat saya untuk menyambutnya di sana.Adakah itu akan berlaku? Kita akan lihat dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

- Advertisement -