Varane mahu pulang ke Perancis

0

Sebenarnya khabar angin yang digembar gemburkan oleh media sekadar kisah dongeng. Raphael Varane bukanlah sasaran utama bagi perpindahan ke United untuk musim ini.

Walaupun ada beberapa akhbar dan media seperti Mirror dan Athletic telah memberitahu yang Varane merupakan pemain yang United idamkan, tetapi pemain pertahanan Perancis itu tidak memberi sebarang respon.

Varane juga dilihat ada kemungkinan akan mendapat tawaran kontrak yang baru dari Real Madrid walaupun dia dikatakan seorang yang mata duitan.

Akhbar Sepanyol, El Confidencial ada melaporkan Varane telah menolak tawaran kontrak baru dari pihak pengurusan pada sebelum ini dan dia lebih cenderung untuk berhijrah ke PSG.

Kepulangan ke tanahairnya Perancis merupakan perkara utama bagi pemain antarabangsa Perancis ini walaupun United menyatakan hasrat untuk membawa masuk khidmat pemain tersebut.

Oleh yang demikian United perlu beralih arah kepada pemain pertahanan tengah yang lain dan perkara itu akan menjadi sukar. Ia kerana Real Madrid juga dalam proses untuk pencarian pemain pertahanan tengah yang baru.

Jika mereka kehilangan Varane, mereka perlu membawa masuk pemain pertahanan yang baru. Jules Kounde dan Pu Torres berada dalam senarai tersebut.

Kedua-dua mereka ini sudah serasi dengan pemainan La Liga dan Jika Real Madrid serius dalam urusan ini, maka sukar untuk kedua-dua pemain tersebut menolak tawaran tersebut.

United dijangka akan berputih mata sekali lagi. Torres telah bermain begitu cemerlang ketika perlawanan akhir Piala Europa ketika menentang United.

Walau bagaimanapun, Real Madrid hanya mampu membawa salah seorang daripada pemain tersebut kerana mereka baru sahaja membawah masuk David Alaba secara percuma pada musim ini.

Tambahan pula, masa depan Sergio Ramos masih lagi menjadi persoalan pada ketika ini kerana kontraknya bakal berakhir pada hujung bulan ini.

United mampu bersaingan dengan Real Madrid untuk pemburuan 2 pemain tersebut, jika United bersungguh dalam usaha membawa masuk pemain pertahanan yang baru.

- Advertisement -