Van de Beek semakin Sado!!

0

Spekulasi mengenai masa depan Donny van de Beek nampaknya akan berakhir setelah Pemain tengah Belanda itu dilaporkan semakin bersemangat untuk terus kekal di Manchester United.

Meskipun Setakat ini terdapat banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Van de Beek namun pemain itu dikatakan tidak berminat untuk keluar dari Old Trafford.

The Athletic mendedahkan bahawa Van de Beek tidak akan meninggalkan gergasi liga perdana inggeris itu kerana dia semakin yakin untuk terus kekal di Manchester United.

Menurut laporan itu, pemain tengah itu melakukan perbincangan yang cukup positif dengan pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer telah memastikan bahawa pemain tengah itu akan mendapat cukup minit permainan pada musim 2021/22 Kerana Manchester United dilaporkan akan mengubah gaya permainan mereka musim baru nanti.

Oleh itu, Van de Beek diminta untuk bersabar dan menunjukkan kemampuannya dalam skuad utama United.

Menurut laporan itu, Van de Beek semakin yakin pada musim 2021/22 kerana badannya kini lebih bersedia.

Dari pemerhatian kakitangan kejurulatihan United musim lalu Van de Beek tidak optimum untuk bermain di United kerana badannya terlalu kurus. Oleh itu, dia dikatakan tidak dapat bersaing dalam permainan fizikal di liga perdana. 

Dan disebabkan Itulah dia mendapat saranan untuk meningkatkan jisim ototnya, dan nampaknya kini ia lebih sado. Jadi dia optimis bahawa dia dapat menunjukkan prestasi yang baik musim depan.

- Advertisement -