Varane ke Man United merupakan satu perpindahan yang bagus kata bekas pembantu pengurus Real Madrid

0

Aitor Karanka merupakan sebahagian daripada pegawai kejurulatihan Real Madrid ketika dibawah kendalian Jose Mourinho. Dia di antara jurulatih yang memainkan peranan dalam karier pemabangunan Varane ketika di Real Madrid.

Perpindahan Varane ke United adalah sangat bagus ketika dan waktu ini. Jurulatih yang berasal dari Sepanyol ini percaya Varane akan berjaya di Liga Perdana Inggeris seperti yang dia lakukan di La Liga.

‘Ia merupakan perpindahan yang bagus bagi pasukan United. Dia mempunyai segalanya untuk membantu United mengecapi kejayaan.’

‘Tidak dinafikan ia akan pasti menjadi satu cabaran baru buat dirinya. Namun umurnya yang semakin matang pasti boleh membiasakan dengan corak permainan serangan yang ditampilkan di Liga Inggeris. Saya mengenalinya sejak dia masih muda lagi. Dia seorang yang bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi. Dia akan berusaha membantu pasukannya mendapatkan gelaran trofi.’

Karanka merupakan watak utama yang melatih dan mendorong Varane membiasakan dirinya dengan permainan La Liga semasa dia masih muda. Dia yakin pemain antarabangsa Perancis ini akan melakukan perkara yang sama dengan peranan pentingnya di United.

Selepas 10 tahun bersama Real Madrid, Varane inginkan cabaran baru bagi kariernya. Dengan ketiadaan Zinedine Zidane dan gandingan utamanya, Sergio Ramos, maka dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia bermain di tempat yang baru. DIa bersedia memainkan peranan penting sebagai pertahanan utama pasukan United pada musim ini.

- Advertisement -