Varane, Kane, Sancho = Juara Liga

Neville yang telah mengadakan sesi soal jawab di laman Twitter miliknya.

0

Gary Neville telah mengenal pasti 3 orang pemain yang akan membantu United memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Neville yang telah mengadakan sesi soal jawab di laman Twitter miliknya telah membincang dan menyuarakan beberapa pendapat dan menerima pandangan daripada para pengikutnya.

Perkara utama yang menjadi topik hangat ialah mengenai perpindahan pada akhir musim ini.

Neville begitu yakin juga trio Harry Kane, Jadon Sancho dan Raphael Varane berjaya dibawa masuk ke United, United akan berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan sekaligus menepis cabaran Man City yang juga musuh tradisi mereka.

Setiap nama yang disebut Neville ini bukan lah mudah untuk di bawa masuk ke United. Terutama bintang Spurs, Kane dan juga Pemain sayap Dortmund Sancho. Tawaran harga yang sesuai pasti akan memberikan kerjasama yang baik di antara kedua-dua pasukan tersebut sepamasa perbincangan diadakan.

Neville dalam laman Twitternya memberitahu,’Varane, Kane, Sancho = Juara Liga.’

United berjaya menduduki tempat kedua pada musim ini dan ia merupakan prestasi yang bagus sejak kehadiran Ole ke United. United harus memenangi Piala Europa untuk menarik minat pemain-pemain tersebut untuk menyertai United.

Hanya kemenangan trofi sahaja dapat meyakinkan para pemain yang ingin berhijrah untuk menyertai pasukan kerana ia merupakan sesuatu yang berharga bagi karier mereka. United harus berbelanja besar jika serius ingin menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris mahupun dalam Piala Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Selain itu, perkara yang paling menarik ketika soal jawab di laman Twitternya itu ada juga pertanyaan mengenai.’Siapakan pemain lama yang anda merasakan akan membantu pasukan United pada ketika ini?’ Jawapannya, ‘Roy Keane’

- Advertisement -