Varane impikan perpindahan ke Old Trafford

0

Teka-teki masa depan Raphael Varane nampaknya akan segera terjawab kerana Pemain pertahanan Real Madrid itu dikatakan mempunyai impian untuk menyertai dengan Manchester United musim panas ini.

Akhir-akhir ini terdapat banyak gosip mengenai masa depan Varane setelah Pemain pertahanan itu dilaporkan akan meninggalkan Real Madrid, di mana dia enggan memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada tahun 2022.

Kini terdapat tiga kelab yang dikatakan mahu mendapatkan khidmat Varane iaitu Manchester United, Chelsea dan PSG. 

Meskipun mendapat banyak minat dari pasukan lain namun menurut The Independent, Varane telah menentukan kelab yang ia ingin tuju pada musim depan.

Dalam laporan itu mendedahkan bahawa pertahanan dari Perancis itu hanya mahu berpindah ke Manchester United pada musim panas ini.

Varane dikatakan sudah lama mempunyai impian untuk berpindah ke Old Trafford.Dia dilaporkan telah menyokong Manchester United sejak dari kecil. Ia juga dikatakan berminat melihat projek jangka masa panjang yang dibina oleh Manchester United.

Dalam pada masa yang sama,Laporan itu juga mendedahkan bahawa Manchester United mulai bergerak untuk mendapatkan khidmat Varane.

Mereka dikatakan mula menjalin komunikasi dengan Real Madrid untuk mendapatkan pertahanan ini pada perpindahan kali ini.

Selain itu Manchester United juga dilaporkan mempunyai pilihan alternatif sekiranya gagal mendapatkan khidmat Varane dimana nama pertahanan Villareal Pau Torres dilaporkan menjadi pilihan kedua.

- Advertisement -