Varane hanya ingin ke United namun tetap menghormati proses rundingan perpindahannya

0

Raphael Varane dilaporkan telah memberitahu kelabnya, Real Madrid, tentang keinginannya untuk berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United musim panas ini.

Khabar angin mengenai perpindahan Varane ke Manchester United sentiasa menjadi perbualan dalam beberapa hari terakhir kerana The Red Devils begitu yakin bahawa mereka dapat membawa pertahanan Perancis itu ke Old Trafford.

Dalam laporan wartawan terkenal Fabrizio Romano mendedahkan bahawa Varane telah secara terbuka menyatakan kepada kem Real Madrid keinginannya untuk mendapat pengalaman baru di England.

Meskipun begitu Varane dilaporkan tetap akan menghormati rundingan yang sedang berlangsung antara Real Madrid dan Manchester United.

Dalam laporan sama,Varane juga dikatakan berkeras untuk menyertai dengan United.Dia juga telah memberitahu The Red Devils bahawa dia sudah bersedia untuk menerima kontrak yang mereka tawarkan.

Real Madrid dilaporkan bersedia menjual Varane dengan harga 60 juta euro.Nilai perpindahan ini dilaporkan tidak akan menjadi masalah besar buat Manchester United.

Ini bermaksud bahawa kesepakatan antara kedua-dua kelab itu mungkin dicapai dalam masa terdekat. Sebenarnya, kemungkinan saga perpindahan Varane akan berakhir minggu ini.

Sumber: Fabrizio Romano

- Advertisement -