Varane akan mengetuai barisan pertahanan United ketika pertemuan menentang Villarreal

0

Kemungkinan Manchester United akan menghadapi perlawanan kedua kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang Villarreal di Old Trafford tanpa kehadiran 3 daripada 4 pemain pertahanan utama. Aaron Wan-Bissaka sudah pasti tidak senaraikan dalam perlawanan ini disebabkan menerima kad merah dalam perlawanan yang lepas. Manakala kapten, Harry Maguire dan Luke Shaw telah mengalami kecederaan ketika United tewas 0-1 di tangan Aston Villa pada hari Sabtu lepas.

Dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer, Diogo Dalot hampir pasti akan diturunkan untuk di letakkan di posisi pertahanan kanan. Victor Lindelof dan Alex Telles akan bermain di posisi masing-masing. Selepas diletakkan sebagai pemain simpanan semasa perlawanan menentang Young Boys, Raphael Varane kini akan mengetuai barisan pertahanan United buat pertama kalinya.

Perlawanan ini dijangka akan menjadi tumpuan yang hangat selepas United telah tewas dua kali berturut-turut di laman keramat ini. Perkara ini seharusnya diambil berat oleh para pemain United supaya lebih berwaspada dan tidak mendapat kekalahan ketiga berturut-turut. Dengan ketidak hadiran Maguire, Wan-Bissaka dan Shaw, Varane dijangka akan mengetuai barisan pertahanan kali ini.

Pemenang 4 kali Liga Juara-Juara Eropah ini pasti tidak akan mengalami banyak masalah kerana pengalaman luasnya dalam bola sepak Eropah pasti akan memberikan manfaat kepada pasukan kerana dia juga telah menghadapi lawan yang lebih susah dari Villarreal. Varane sudah pasti mengenali Villarreal semasa bermain untuk Real Madrid selama 10 tahun. Pengalaman luas ini akan dicurahkan kepada pemain lain agar mereka mendapat kemenangan pertama dalam kempen kali ini.

Para pemain United diharapkan dapat meminimakan kesilapan supaya pemain bimbingan Unai Emery tidak dapat mengambil kesempatan untuk mencuri 1 atau 3 Mata di Old Trafford. Perkara ini pasti akan memberi kesukaran kepada United untuk mara ke pusingan seterusnya.

Para pemain lain seperti David de Gea dan yang lain-lain pasti mengharapkan Varane akan memainkan peranan dalam perlawanan ini terutama di barisan pertahanan. Walaupun kaptem pasukan akan diambil alih oleh Bruno Fernandes pada perlawanan ini, akan kepimpinannya perlu ditagih untuk memastikan United tidak bolos dan berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Selain itu, para peminat sudah pasti mahu Varane mendapatkan gol pertama sepantas yang mungkin kerana dia memiliki kebolehan untuk menanduk bola tinggi seperti bekas bintang pertahanan United, Nemanja Vidic. Paul Pogba pula menggelar Varane sebagai ‘Champions League Varane’ dan mengharapkan tuah menyebelahi United dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah kali in

- Advertisement -