Van Gaal berang dituduh sebagai individu yang merosakkan karier Januzaj di United

0 2

Bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal akhirnya membuka suaranya mengenai tuduhan Adnan Januzaj yang mengatakan bahawa dirinya antara individu yang merosakkan karier pemain muda itu.Van Gaal menekankan bahawa apa yang dikatakan Januzaj adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal.

Menjelang perlawanan Real Sociedad menentang Manchester United, Adnan Januzaj berkongsi kisah mengenai kariernya ketika bersama The Red Devils. Denan menceritakan bagaimana dia diramalkan akan menjadi bintang besar di United dan kemudian jatuh dan terpaksa dijual oleh United pada tahun 2017.

Dalam temubualnya Januzaj dengan jelas menceritakan penyebab kemerosotannya di United. Dia mengatakan bahawa ketika dia dilatih oleh Louis van Gaal, dia tidak mendapatkan peluang yang tepat sehingga memberi kesan pada kariernya.

Tidak tahan dengan tuduhan itu,Van Gaal memberi respon mengenai tuduhan itu.

Dalam pada masa yang sama Van Gaal menolak tuduhan bahawa dia menghancurkan karier pemain Belgium itu ketika bersama Manchester United.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Belanda itu mengatakan bahawa dia memperlakukan Januzaj mengikut pada tingkah laku pemain itu ketika dia berlatih.

“Saya tidak perlu mempertahankan diri dari tuduhan keji ini,” kata Van Gaal kepada The Athletic.

“Apa yang dia dapat adalah cerminan dari apa yang dia lakukan [dalam latihan].”

Van Gaal juga mengatakan bahawa sepanjang karier bimbingannya, dia telah berjaya mengubah banyak pemain muda menjadi bintang besar.

Oleh itu, dia merasakan bahawa jika ada yang salah dalam perkembangan Januzaj di United itu disebabkan datang dari dirinya sendiri.

“Dalam karier saya sebagai pengurus dan jurulatih, saya telah membuktikan bahawa banyak pemain muda telah mencapai kejayaan di bawah kepimpinan saya.” katanya.

Sejak meninggalkan Manchester United pada tahun 2017, Januzaj telah berkembang pesat.Pada masa ini dia adalah antara pemain Real Sociedad terbaik.