Van de Beek Kembali Pulih

0

Nasib yang kurang baik menimpa pemain antarabangsa Belanda, Donny van de Beek selepas terlepas aksi Euro 2020 kerana kecederaan yang menimpanya sebelum kejohanan bermula.

Dari sudut positif, van de Beek dapat berehat dengan lebih panjang pada musim panas ini dan dapt mengembalikan prestasi cemerlangnya seperti mana ketika bersama Ajax Amsterdam pada musim 2019/2020. Dia perlu mempersiapkan diri untuk pra-musim akan datang tidak lama lagi.

Donny van de Beek dilihat berlatih bersama bekas rakan sepasukannya di Manchester United dan akademi Ajax Amsterdam, Timothy Fosu-Mensah.

Timothy Fosu-Mensah telah dijual kepada Bayer Leverkusen pada bulan Januari yang lepas kerana kurang mendapat minit permainan di Manchester United. Malang juga menimpanya, dia terpaksa berehat panjang selepas kecederaan ACL kembali ketika dia baru sahaja bermain 7 perlawanan bersama pasukan barunya.

Fosu-Mensah terpaksa berehat sehingga akhir tahun ini dan ketika ini baru sahaja melakukan senaman berbasikal di gimnasium supaya dapat menguatkan semula kakinya yang cedera.

Kecederaan van de Beek

BBC melaporkan bahawa Donny van de Beek mengalami kecederaan pangkal peha. De Telegraaf Pula menyatakan pemain Belanda ini telah mengambil ubat tahan sakit di akhir musim lepas untuk mengatasi masalah kecederaan pangkal peha ini.

Selepas dia terlepas aksi Euro 2020, van de Beek boleh berehat panjang dan menyembuhkan masalah kecederaan ini secara semula jadi.

Diharapkan dia dapat memberikan aksi yang lebih baik untuk musim baru ini dan memantapkan lagi gandingannya bersama Bruno Fernandes. Van de Beek perlu mengatasi masalah prestasinya yang tidak menentu pada musim lepas.

- Advertisement -