United tidak rela melepaskan Van de Beek untuk pinjaman

0 4

Manchester United dilaporkan tidak rela melepaskan Donny Van de Beek unutk pinjaman walaupun dikatakan ada beberapa kelab berminat mendapatkan khidmat pemain belanda ini. Pemain berusia 23 tahun ini tiba di Old Trafford pada perpindahan awal musim ini dengan nilai £39 juta kurang mendapat minit permainan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi dengan kesibukan jadual perlawanan pada januari dan februari ini, United tidak membenarkan Donny untuk dipinjamkan ke kelab luar. Lagenda belanda, Ronald de Boer telah meminta Donny untuk berhijrah ke mana-mana kelab secara pinjaman supaya mendapat minit permainan. Ini penting bagi persediaan belanda untuk menghadapi Piala Eropah pada pertengahan tahun ini. Donny hanya berjaya membuat 2 penampilan di dalam 19 perlawanan liga yang telah diharungi United pada musim ini.

Pemain berbakat ini telah membuat 8 penampilan sebagai pemain gantian dan mencatatkan 249 minit permainan yang berjaya di persembahkan di atas padang. Donny hanya berjaya membuat penampilan dikejohanan Piala FA, Piala Carabao dan Piala Juara-Juara Eropah. Donny mempunyai peluang untuk mendapatkan kesebelasan utama ketika United akan berhadapan dengan Liverpool pada Piala FA awal pagi isnin ini.

Dia telah bermain pada perlawanan menentang Watford di mana United berjaya mencatatkan kemenangan 1-0. Donny dalam perlawanan itu, berjaya memperagakan 2 aksi ‘flick pass’ menarik yang memberikan peluang kepada rakan sepasukan menjaringkan gol. Walaupun banyak mendapat perhatian media, menurut Edwin van der Sar, Donny telah memberikan 100 peratus komitment dalam sesi latihan bersama pasukan United. Bekas penjaga gol United itu berkata, ‘Donny sentiasa memberikan sikap yang hebat dan tidak berasa malu memanaskan bangku simpanan.’

Bruno yang dilihat sedang mengemudi dengan baik jentera tengah United di samping Pogba yang kini semakin mendapat rentak dalam permainannya dilihat gagal memberikan tempat kepada Donny dalam kesebelasan utama. Selain itu, bekas pengurus United, Louis Van Gall mengatakan pembelian Donny merupakan pembelian yang sia-sia dan Donny telah melakukan pilihan yang tidak tepat mengenai masa depannya.

Sumber dari TheSun Football