United tidak pernah kalah jika Daniel James berada dalam kesebelasan utama sejak hari pertama perlawanan musim lepas

0

Nama Daniel James berada dalam kesebelasan utama pasukan United pada hari pertama perlawanan ketika United menentang Leeds pada musim ini. James memainkan peranan penting ketika perlawanan menentang Leeds disebabkan Marcus Rashford dilanda kecederaan, manakala Anthony Martial, Edinson Cavani, Jadon Sancho, Mada dan Elanga semuanya tidak cergas pada ketika ini. Pelaung tersebut telah digunakan sebaik mungkin oleh James.

James tidak mempunyai kualiti yang bagus dari segi ‘cutting edge’ di dalam kotak penalti, dia hanya melakukan 1 percubaan tepat daripada 3 percubaan. Namun dia telah berkerja keras semasa menentang salah satu pasukan yang cergas pada perlawanan pertama musim ini.

Mana-mana pemain yang ingin bermain di posisi berkenaan harus mencontohi sikap yang dipamerkan oleh James. James telah melakukan 3 ‘tackles’ dalam perlawanan tersebut dan diantara yang terbanyak dikalangan pemain United yang lain.

Apabila James berada di dalam kesebelasan utama, banyak komen negatif di media sosial kerana mereka lebih ingin melihat pemain bintang yang ternama untuk bermain dalam kesebelasan utama United. Oleh yang demikian, kami ingin memberitahu anda semua yang rekod United capai apabila James bermain sebagai pemain dalam kesebelasan utama dan sebagai pemain gantian.

Manchester United tidak pernah kalah apabila James bermain dalam kesebelasan utama sejak kekalahan perlawanan pertama United ke atas Crystal Palace musim lepas. Jumlah itu termasuklah 9 perlawanan dalam liga Juara-Juara Eropah dan Piala Europa, 2 perlawanan piala domestik dan 15 perlawnaan Liga perdana Inggeris. 26 perlawanan tanpa kalah apabila James bermain dalam kesebelasan utama United.

Terbukti rekod di atas menyebabkan Solskjaer tidak gentar untuk menurunkan James dalam kesebelasan utama United kerana dia yakin United masih lagi satu pasukan yang digeruni walaupun James yang beraksi. James merupakan pemain yang penting dalam pasukan Untied.

Walaupun masa depan James masih diperkatakan, kita tidak tahu sama ada dia akan terus kekal bersama United untuk 2 3 tahun akan datang. Ini kerana United mempunyai bakat pemain muda seperti Amad Diallo dan Facundo Pellistri yang masih dalam perkembangan pada usia muda mereka itu. Namun statistik rekod tidak menipu, Solskjaer merasakan dia sangat penting bagi pasukan United pada musim ini.

- Advertisement -