United tidak mempunyai niat untuk dapatkan kembali Herrera

0

Harapan peminat Manchester United untuk melihat Ander Herrera menyarung kembali jersi United mungkin tidak menjadi kenyataan kerana Pemain tengah itu dilaporkan bukan sasaran perpindahan untuk The Red Devils musim panas ini.

Ander Herrera adalah salah satu pemain yang digemari peminat United.Pemain tengah dari Sepanyol itu terkenal di Old Trafford kerana kesungguhan dan komitmen tinggi terhadap Red Devils.

Dalam dua hari terakhir terdapat laporan bahawa Ander Herrera kemungkinan kembali ke Manchester United.The Red Devils didakwa mempertimbangkan untuk mendapatkan kembali Herrera dari PSG.

Namun Menurut Jonathan Shrager,khabar angin mengenai minat Manchester United terhadap Ander Herrera tidak benar.The Red Devils tidak mempunyai rancangan untuk memulangkan Herrera.

Laporan itu mendedahkan bahawa Manchester United memang sedang mencari pemain tengah baru musim panas ini.

Tetapi Solskjaer tidak mempunyai rancangan untuk membawa kembali Herrera ke Old Trafford.Solskjaer dilaporkan mempunyai sasaran lain pada musim panas ini.Dan disebabkan itu Herrera sama sekali tidak berada dalam senarai pembelian United.

Herrera sendiri dilaporkan akan dijual oleh PSG musim panas ini.Les Parisien dikatakan ingin menjual beberapa pemain mereka Kerana kedatangan Lionel Messi.

Herrera menjadi salah satu mangsa kedatangan Messi, di mana dia akan dilepaskan pada musim panas ini.

Menurut laporan yang beredar, Manchester United mempunyai tiga sasaran untuk posisi tengah di musim panas ini.Tiga pemain itu ialah Eduardo Camavinga, Ruben Neves dan Saul Niguez.

(Jonathan Shrager)

- Advertisement -