United tidak akan memberikan peluang kepada Liverpool untuk menyamai rekod 20 United

0

Bruno Fernandes menegaskan yang United akan berkerja keras untuk menghalang pasukan Liverpool untuk menyamai rekod 20 kali kemenangan Liga Perdana Inggeris. Manchester United mempunyai lebih 1 kejuaraan dari pasukan musuh tradisi mereka.

Pemain perancang United Bruno Fernandes,’Anda tidak mahu musuh tradisi anda menyamai rekod kejuaraan yang anda telah miliki. Oleh yang demikian, perkara yang paling jelas adalah semua di dalam pasukan kami tahu mengenai kepentingan perlawanan awal pagi ini. Ia pasti mengembirakan jika kami jika memperolehi kejuaraan yang ke 21 dan Liverpool masih lagi dengan 19 kejuaraan.’

Fernandes yang telah dianugerahkan pemain terbaik bulanan bagi bulan Disember 2020 telah memenangi anugerah tersebut buat kali ke-4 sejak dia bersama dengan pasukan United. Ini telah membuktikan Bruno telah memberikan impak yang besar bagi pasukan United. Pemain antarabangsa Portugal ini telah membantu United mendahului 3 mata sekaligus menjadi pendahulu liga buat sementara ini. Perlawanan awal pagi ini akan mengubah kedudukan liga sama ada memberikan kelebihan jurang mata atau menyamai mata yang diperlolehi United.

Bruno telah menjaringkan 27 gol sejak menyertai United dari Sporting Lisbon pada Januari tahun 2020. Daripada jumlah gol berkenaan 15 daripadanya adalah menerusi sepakan penalti yang telah menjadi bualan hangat oleh pengurus Liverpool Jurgen Klopp. ‘Apabila anda mempunyai peluang untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, anda perlu menjaringkan gol tersebut.’

Sumber dari TheSun Football

- Advertisement -