Buletin Manchester United

United-tidak-akan-berada-di-puncak-liga-jika-tanpa-Bruno-dan-Rashford

United tidak akan berada di puncak liga jika tanpa Bruno dan Rashford

Lagenda pemain Liverpool, John Aldridge telah menemplak semangat peminat United dengan mengatakan United tidak akan berada di puncak liga jika Bruno dan Rashford tidak berada dalam pasukan United.

Pasukan United kini menduduki kedudukan pertama liga selepas berjaya menewaskan Burnley 1-0 awal pagi tadi. Jaringan penting dan kemenangan daripada Paul Pogba hasil hantaran lintang Rashford memberikan kelebihan kepada United.

Pemain antarabangsa England Rashford dan pemain antarabangsa Portugal Bruno Fernandes telah membawah kejayaan United sepanjang tempoh separuh liga pada musim ini.

Rasford berusia 23 tahun telah menjaringkan 7 gol dan mencipta 5 peluang gol sementara Bruno pula telah menjaringkan 11 gol serta mencipta 7 peuang gol.

Lagenda liverpool tersebut telah berjaya memenangi liga pada 1988 percaya United tidak akan mampu mencapai sampai tahap ini sekiranya mereka kehilangan 2 pemain ini.

’Anda boleh mengerah pemain penyerang anda untuk mencipta seberapa banyak gol dengan menembusi bahagaian pertahanan pasukan lawan. Tetapi Jurgen Klopp akan memastikan para pemainnya akan sentiasa bersedia dengan ancaman tersebut.’

’Apabila Bruno dan Rashford mendapat bola, pasti akan ada gerakan merbahaya yang akan dilakukan oleh United. Pemain-pemain lain hanya sekadar pelengkap kepada mereka berdua ini. Jika tanpa mereka berdua ini pasti United sekadar berada pada kedudukan ke5 dan ke6 liga.’

’Klopp akan pastikan United akan mendapat ancaman ketika hadir ke Anfield. Liverpool merupakan pasukan yang lebih bagus dan mereka sudah pun membuktikannya. United dalam proses, ini merupakan pertembungan yang dinanti nantikan.’

Sumber dari TheSun Football