Berita Terkini

United tewas berdepan Cadiz, ini reaksi Zidane Iqbal..

7cc95d8f 5ebd 4ef3 82fe C5ecb6041229

Man United mengadakan sesi perlawanan persahabatan musim sejuk di Sepanyol bagi mendapatkan semula momentum sebelum musim dimulakan semula. Perlawanan pertama United berdepan dengan kelab La Liga Cadiz.

Dalam perlawanan tersebut, United ditewaskan tuan rumah dengan keputusan 4 gol berbalas dua. Pada babak pertama United di bolosi dua gol awal dengan persembahan pertahanan yang longgar.

Selepas itu United berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas pemain tengah Zidane Iqbal dijatuhkan di dalam kotak penalti. Martial mudah meletakkan United satu gol

Babak kedua United memasukkan kesemua pemain gantian yang melibatkan pemain akademi United. Mereka berjaya bermain baik pada awal selepas berjaya menyamakan kedudukan.

Namun dengan pengalaman yang ada pada pemain Cadiz mereka tewas dengan dua gol bolos lagi dan berakhir dengan 4-2

Apa yang positif ialah pemain muda diberikan kesempatan bermain dan beberapa pemain mempunyai potensi diserap ke pasukan utama.

Pemain tengah Zidane Iqbal bercakap selepas perlawanan

Zidane Iqbal:

“Dua gol pertama agak ceroboh. Ia adalah perlawanan pertama kami selepas rehat jadi kami akan menilai. Pengalaman hebat secara keseluruhan di Sepanyol, menyesuaikan diri dengan cuaca dan meningkatkan kecergasan untuk 45 minit pertama.

“Saya rasa seluruh pasukan Berjaya pengalaman yang hebat, terutamanya untuk pemain yang masuk pada separuh masa kedua. Kami semua muda, kami semua belajar, jadi ia merupakan pengalaman hebat setakat ini. Saya rasa kami (pemain muda) melakukannya dengan baik, Kami’ berdaya saing. Kami masih dalam perjalanan dan masih banyak lagi yang akan datang.”

“Bermain menentang lawan Inggeris memberikan cabaran berbeza. Taktik pasti berbeza. (Cadiz) mengekalkan kedua-dua penyerang itu tinggi dan mereka mempertahankan dua sayap mereka, jadi ia mengenai serangan balas, bertahan cukup dalam dan menapis serangan lawan . Itu adalah lawan yang berbeza dengan taktik yang berbeza, dan semua ini memainkan peranan.”

Lain-Lain Artikel