United terlalu banyak menerima kritikan

United akan menjadi pasukan pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

@PA
0

Jamie Carragher mendakwa pasukan Manchester United terlalu banyak menerima kritikan pada musim ini dan perkara tersebut tidaklah seperti yang diperkatakan.

Ole Gunnar Solskjaer telah membawa pasukan United berada di kedudukan kedua liga 10 mata di belakang pendahulu liga Manchester City. United juga kini sudah selangkap kaki ke peringkat akhir kejohanan Piala Eropah selepas membelasa Roma baru-baru ini.

Kunci utamanya adalah karakter yang dipamerkan oleh para pemain United ketika mana mereka berjaya mencapai kemenangan demi kemenangan ketika perlawanan di tempat lawan dan masih lagi belum dikalahkan oleh mana-mana pasukan pada musim ini.

Carragher merasakan persembahan yang dipamerkan oleh pasukan United ini akan membolehkan mereka berada sebagai pasukan pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

‘Saya merasakan pasukan United sering kali menerima kritikan dengan apa yang mereka telah lakukan pada musim ini. Keadaan Man City sukar digugat ketika ini. Mereka berpeluang melakukan kemenangan ‘treble’.

‘Man United berada 10 mata di belakang Man City dan mata tersebut tidaklah begitu teruk bagi pendapat saya. Kemungkinan jumlah jadual perlawanan yang semakin hampir melabuhkan tirainya membolehkan kita beranggapan yang City akan menjuarai liga.

‘United telah bermain dengan baik pada musim ini. Jika mereka mendapatkan pemain yang berkualiti dalam pasukan mereka pada perpindahan akan datang, saya boleh katakan mereka pasti berpeluang mendapatkan piala pada musim hadapan.

Selain itu, Carragher juga berpendapat United harus mengekalkan Cavani untuk satu musim lagi tetapi perlu mendapatkan seorang penyerang muda pada perpindahan akan datang. Cavani telah menjaringkan 12 gol pada musim ini. United harus berusaha mendapatkan pemain muda yang mempunyai kualiti seperti Cavani.

‘Mereka mempunyai Martial yang kini bermain sebagai penyerang tengah United untuk 2 musim ini. Dia sangat bagus tetapi saya merasakan dia bukanlah pemain yang akan membantu United untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris atau Piala Juara-Juara Eropah seperti mana yang mereka inginkan.

- Advertisement -