United telah mencapai kesepakatan peribadi dengan Sancho sehingga 2026

0

Manchester United dilaporkan telah mencapai kesepakatan peribadi dengan wakil Jadon Sancho untuk membawa pemain ini ke Old Trafford.

Berita tersebut telah didedahkan  oleh wartawan sensasi dari Italia Fabrizo Romano, pada hari Khamis (10/6/2021).

Sebelum ini The Red Devils telah menyatakan hasrat untuk kembali memburu Sancho pada awal bulan Jun ini dan hasil perbincangan dengan ejen pemain sayap tersebut telah membuatkan perjanjian peribadi akhirnya tercapai.

Manchester United kini boleh dikatakan semakin hampir untuk membawa pemain berusia 21 tahun itu ke Old Trafford.

Segala rundingan dengan pihak Borussia Dortmund dilaporkan telah dimulakan.Dimana kelab dari Germany itu telah menetapkan harga 95 juta euro untuk Pemain ini.

Meskipun belum ada kesepakatan diantara kedua-dua kelab ini namun United dilaporkan siap menandatangani Sancho sehingga 2026.

Jadon Sancho sebenarnya telah menjadi sasaran Ole Gunnar Solskjaer sejak musim lalu.Bagaimanapun, rundingan berakhir dengan jalan buntu sehingga perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Minat Man United terhadap Sancho tidak dapat dipisahkan dari persembahannya yang mengagumkan dengan Dortmund.

Musim ini, Sancho juga telah menunjukkan prestasi baik dengan mencatat 16 gol dan 20 assist dari 38 perlawanan di semua pertandingan.

Bekas pemain Manchester City ini juga berjaya membawa Die Borussen menjuarai DFB Pokal aka 2021.Di samping itu, dia juga merupakan penjaring terbanyak dalam DFB Pokal 2021 dengan menjaringkan enam gol.

- Advertisement -