United telah diberi kebenaran untuk mencapai kesepakatan peribadi dengan Varane

0

Manchester United dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk melakukan kesepakatan peribadi dengan pertahanan Real Madrid  Raphael Varane. Kedua-dua pihak dikatakan semakin hampir untuk mencapai persetujuan peribadi sebelum United melakukan bidaan rasmi terhadap Real Madrid.

Menurut Sky Sports, Varane dikatakan bersedia meninggalkan Madrid jika dia dapat mencapai kesepakatan dengan kelab baru, baik Manchester United atau PSG.

Meskipun begitu United dikatakan memilih untuk bertindak dengan berhati-hati supaya mereka tidak mahu mengulangi kesilapan pada 2015,dimana itu ketika Sergio Ramos hanya menggunakan nama United untuk mendapatkan kontrak baru di Madrid.

Varane yang masih memiliki kontrak selama satu tahun lagi di Madrid dikatakan berpotensi tinggi meninggalkan La Liga dan United melihat ini sebagai peluang untuk menekan Madrid menurunkan harga pemain pertahanan Perancis itu memandangkan Varane dapat diperolehi secara percuma tahun depan.

Varane adalah salah satu pilihan pertahanan tengah yang disasarkan oleh United musim panas ini selain Pau Torres.

United juga tidak hanya tertumpu pada peningkatan barisan pertahanan. Musim panas ini,United dikatakan juga akan membuat langkah penting untuk memperkuatkan barisan serangan.

Sebelum ini Manchester United juga telah menyelesaikan rundingan untuk dapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.Selain itu, dilaporkan Ole Gunnar Solskjaer juga masih menyasarkan penyerang baru.

Kedatangan Varane akan menjadikan skuad United lebih lengkap kerana mereka dikatakan akan membentuk duet hebat dengan Harry Maguire.

Sumber: Sky Sports

- Advertisement -