Berita Terkini

United sekadar terikat 2-2 menentang Aston Villa

United sekadar terikat 2-2 menentang Aston Villa

United sekadar terikat 2-2 menentang Aston Villa menerusi jaringan masa tambahan Calum Chambers, selepas Leon Bailey merapatkan jurang 5 minit selepas sepak mula separuh masa kedua.

Ten Hag: “Separuh masa pertama? Persembahan yang baik. Separuh masa kedua? Kami sepatutnya perlu mengawal permainan, tetapi kami tidak dapat. Ia tidak bagus. Ia satu pengajaran untuk dipelajari.”

“Keadaan padang? Anda harus melaluinya. Kedua-dua pasukan menggunakan padang yang sama.”

Walaubagaimanapun Erik Ten masih berpuas hati dengan beberapa perlawanan pra musim setakat ini.

“Terdapat banyak kemajuan. Terdapat banyak yang positif. Kami bermain gaya bola sepak yang berbeza, sistem yang berbeza dan saya fikir itu juga akan berlaku untuk aksi menentang dua pasukan Sepanyol.

Kami mahu bermain bola sepak proaktif dan menyerang. Itulah yang kami lihat hari ini dalam tempoh masa tertentu, tetapi pada akhirnya anda perlu mengawal permainan dan itulah yang kami gagal lakukan.

Mereka (pemain United) yakin kerana mereka adalah pemain yang bagus, tetapi kami perlu bekerja keras dan bermain sebagai satu pasukan. Dengan cara itu kami akan beraksi dengan baik.”

Lain-Lain Artikel