United seharusnya tewas

0

Bekas pemain lagenda Arsenal, Ian Wright berpendapat United seharusnya tewas pada perlawanan malam tadi. Manchester United sekadar berpuas hati mengutip 1 mata pada perlawanan malam tadi menentang West Brom yang berkesudahan 1-1 di Stadium The Hawthorns. United pada mulanya dikejutkan dengan gol awal pasukan pelawat hasil jaringan Mbaye Diagne. Namun selepas pada itu, United melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pasukan lawan dan berjaya memperolehi gol penyaman sebelum separuh masa pertama menerusi Bruno Fernandes.

Ian Wright berkata, ‘Jika saya seorang peminat United, saya kecewa United sering bermula dengan goyah pada awal permainan terutamanya ketika menentang pasukan bawahan liga. Mereka gagal mendapatkan rentak permainan dengan baik apabila diberikan tekanan. Gol pertama West Brom pada pandangan saya adalah memang seharusnya dikira. Saya tahu Maguire ada menyebut mengenai pergelutan antara Lindelof dan Diagne. Tetapi pada pandangan saya, Diagne menang dalam perebutan dan berusaha mendapatkan bola itu.’

‘Ada ketika serangan balas yang dilakukan oleh pasukan West Brom mengakibatkan pertahan United kucar-kacir dan hampir memberikan gol kepada West Brom, tetapi United bernasib baik kerana berjaya menafikan peluang tersebut.’

- Advertisement -