United sebenarnya mempunyai peluang gol yang lebih baik dalam perlawanan menentang Southampton jika dibandingkan dengan Leeds

0

Minggu ini United gagal mengutip 3 mata penuh seperti yang mereka lakukan pada perlawanan menentang Leeds. United baru-baru ini hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1. United dilihat tidak menyempurnakan peluang gol yang terhasil di hadapan gol pada perlawanan tersebut.

United gagal menguasai perlawanan pada separuh masa yabng pertama kerana kedua-dua pasukan seimbang dalam penguasaan bola. Selepas ketinggalan 1 gol United dilihat berusaha untuk mendapatkan gol berkenaan. Namun selepas berjaya menyamakan kedudukan, United dilihat sekali lagi hilang punca dalam kawalan bola.

Namun apa yang pelik sebenarnya, United telah mencipta banyak peluang gol dalam perlawanan menentang Southampton berbanding dengan Leeds. Pada perlawanan pertama, United seharusnya berpeluang untuk menjaringkan gol dengan catatan 1.47 berdasarkan peluang gol yang dicipta. Dan pada perlawanan menentang Southampton, United telah mencatatkan 1.53 peluang gol dan jumlah tersebut lebih baik daripada perlawanan menentang Leeds. Akan tetapi United telah menjaringkan 5 gol ketika menentang Leeds dan 1 gol ketika menentang Southampton.

Oleh yang demikian, United sebenarnya telah melepaskan peluang untuk menjaringkan gol ketika mempunyai peluang tersebut. Dalam perlawnaan menentang Leeds, United mempunyai penyudah yang cukup sempurna. Tetapi, dalam perlawanan menentang Southampton, walaupun United dikatakan gagal menandingi corak permainan pasukan tersebut, namun United sebenarnya telah mencipta peluang gol yang banyak, cuma tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan gol.

‘Tweet’ dari peminat mengenai peluang Greenwood yang boleh memberikan kemenangan kepada United

Mason Greenwood telah terlepas peluang ketika melakukan tandukan bebas dalam kotak penalti selepas dia menjaringkan gol penyamaan dan berkemungkinan jika tandukan itu adalah gol, maka itu adalam gol kemenangan United. Paul Pogba juga terlepas menyempurnakan tandukan bebas pada separuh masa pertama menerusi sepakan penjuru. Martial juga terlepas peluang untuk menjaringkan gol selepas tandukannya itu dikeluarkan oleh pemain pertahanan lawan di atas garisan gol. Semua peluang-peluang ini jika dapat disempurnakan dengan baik dan lebih kualiti maka United telah mendapat 3 mata berharga.

Tandukan Pogba yang tersasar dalam keadaan ‘free header’

United sangat sempurna ketika menentang Leeds, kerana United menyerang dalam corak permainan ‘open play’. Perkara ini membolehkan Bruno Fernandes berpeluang menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut. Tetapi dalam perlawanan menentang Southampton, Bruno gagal mendapat peluang-peluang yang baik kerana United lebih mencipta peluang menerusi sepakan percuma, penjuru dan hantaran lintang. United pasti merindui peranan Cavani dalam perlawan tersebut kerana Cavani merupakan pemain yang sesuai jika United menerapkan corak permainan seperti menentang Southampton.

- Advertisement -