Berita Terkini

United sangat memerlukan Varane untuk memimpin dan menyatukan pasukan

United-sangat-memerlukan-Varane-untuk-memimpin-dan-menyatukan-pasukan

Raphael Varane tidak boleh gembira dengan persembahannya sejak tiba di England dengan bayaran £34 juta pound. Sejak dia kembali ke dalam pasukan ketika menentang Newcastle, Varane telah berdepan dengan pemain-pemain lincah terbaik liga seperti Adama Traore dan Allan Saint-Maximin.

Tetapi bekas pemain Real Madrid itu kelihatan teragak-agak ketika berdepan dengan pemain lincah itu dan secara tidak sengaja mengasari Traore pada minit-minit akhir perlawanan ketika kekalahan pada Isnin yang lalu.

Kepantasan, tempo dan fizikal adalah berbeza sama sekali dengan La Liga, yang jauh lebih perlahan dan lebih tertumpu pada kualiti teknikal.

Varane menyangka dia mempunyai lebih banyak masa dalam penguasaan bola ketika menentang The Magpies namun bola itu dirampas oleh Sean Longstaff yang membawa kepada gol pembukaan Newcastle.

Pemain berusia 28 tahun itu pada masa ini kelihatan mudah untuk dilepasi oleh pihak lawan dan hal ini merupakan sesuatu yang perlu ditangani segera bersama dengan pelbagai masalah lain yang perlu diselesaikan oleh Ralf Rangnick.

Di Real Madrid, Varane mencipta keserasian yang dominan bersama Sergio Ramos yang agresif dan bersemangat serta mempunyai pengaruh positif di bilik persalinan Madrid.

Tetapi di Manchester United Varane tidak mempunyai tanggungjawab itu dan Harry Maguire juga tidak dapat mengekalkan prestasinya seperti di Euro serta kedua-duanya mengalami masalah kecederaan.

Rangnick sangat memerlukan prestasi Varane seperti dahulu untuk mengetuai barisan pertahanan untuk menjadi lebih dominan.

Hal ini tidak bermakna untuk dia bermain secara melulu seperti yang dipamerkan Ramos yang mendapat begitu banyak kad merah. Akan tetapi, kami memerlukan dia berada di hadapan dan mengurangkan jumlah serangan yang sedang dihadapi oleh David de Gea.

Di Madrid, Varane dibantu oleh trio tengah terbaik gergasi Sepanyol itu iaitu Casemiro, Toni Kroos dan Luka Modric.

Trio hebat itu tiada di United, dan sebaliknya bermain dalam pasukan yang tidak mempunyai hala tuju yang nampaknya tidak tahu bagaimana untuk bertahan atau menyerang.

Di samping pemain-pemain seperti David de Gea, Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo, Varane juga adalah pemain-pemain yang berpengalaman yang boleh membantu pasukan keluar dari jurang tersebut.

Jika Varane mula menjadi pengaruh positif dari belakang, maka kemungkinan perkara itu boleh menjadi pencetus positif yang mendorong rakan sepasukannya yang lain untuk mengikutinya.

Sumber dari wartawan sukan Tom Avery United in Focus

Dapatkan barangan United di shopee https://shp.ee/y2f7g5z

Lain-Lain Artikel