Berita Terkini

United redha CR7 pergi

United-redha-CR7-pergi

Menurut Sky Sports, Manchester United dikatakan telah memberi lampu hijau kepada Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Old Trafford pada pasaran perpindahan musim panas ini secara pinjaman dengan syarat pemain itu diwajibkan mengaktifkan perpanjangan kontraknya sehingga musim panas 2024.

Dalam laporan sama Cristiano Ronaldo dikatakan mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2024 dan disebabkan Itulah United ingin memanfaatkan situasi itu.

The Red Devils memahami kehendak Ronaldo yang mahu bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan dan disebabkan itu mereka bersedia melepaskan Ronaldo secara pinjaman kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim baru ini.

Lain-Lain Artikel