United perlukan semangat dan usaha pemain seperti Ji-Sung Park

0

Gary Neville percaya Solskjaer perlu mengarahkan para pemainnya untuk bekerja keras dan memanfaatkan kehadiran CR7 sebaik-baiknya. Ini berikutan kegagalan United mengutip 3 mata di tempat sendiri selepas tewas 0-1 ke atas Aston Villa dan seri 1-1 dengan Everton.

Solskjaer telah melakukan perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika bertemu dengan pasukan bimbingan Rafa Benitez. Solskjaer dengan beraninya telah meletakkan CR7 di bangku simpanan dengan Cavani sebagai penyerang utama United. Kamasukan CR7 gagal memberikan kemenangan mutlak 3 mata kepada pasukan United seperti mana yang dia lakukan ketika pertemuan Villarreal.

CR7 telah meluru keluar terus ke toworong bilik persalinan selepas tamat perlawanan sambil menggelengkan kepalanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Bekas pemain pertahanan United Neville telah memberitahu Solskjaer untuk bercakap dengan CR7 mengenai reaksi pemain tersebut selepas tamat perlawanan dan menerangkan kepada CR7 yang para pemain perlu bermain sebagai satu pasukan serta memanfaatkan kehadiran pemenang 5 kali Ballon d’Or tersebut.

‘Apa yang saya boleh lihat, CR7 perlukan pemain yang boleh bermain bersungguh-sunggh dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Anda boleh lihat, bagaimana pada 2008, United mempunyai pemain seperti Ji-Sung Park, Darren Fletcher, Owen Hargreaves, Wayne Rooney dan Carlos Teves. Mereka semua ini bermain bermati-matian untuk pasukan United.’

‘Saya telah lihat ketika perlawanan separuh akhir Piala Juara-Juara Eropah 2008 bertemu dengan Barcelona, United telah meletakkan CR7 berseorangan di atas, Rooney bermain di bahagian sayap bersama dengan Ji-Sung dan Tevez berada di belakang sedikit dari CR7 untuk memberikan tekanan kepada Sergio Busquests.’

‘Namun apabila saya melihat pada perlawanan menentang Everton dan Villarreal, apabila CR7 bermain, anda perlukan pemain lain memberikan sokongan di sekitarnya. Cr7 bukan seorang pemain yang akan melakukan tekanan kepada pemain lawan, dia tidak akan melakukan larian jika tiada tujuan yang perlu dilakukan kerana dia kini berusia 36 tahun. Namun anda harus akui yang CR7 mempunyai kualiti dan ketajaman yang luar biasa di hadapan gol untuk mendapatkan kemenangan.’

‘Ini sekadar pandangan saya, anda perlukan pemain yang sangat-sangat rajin tidak kira pemain itu bagus atau tidak, kerana kerja keras mereka akan membantu pasukan. Lingard merupakan contoh terbaik yang saya boleh katakan seperti Ji-Sung Park yang kita ada pada sebelum ini. Walaupun dia bukan pemain terbaik dalam pasukan, tetapi semangat dan usaha yang dilakukan adalah untuk pasukan. United kini mempunyai barisan pemain yang sangat bagus. Tetapi anda perlu mula menunjukkan kerja keras anda di dalam padang. Jika tidak anda pasti akan terus berada dalam keadaan sekarang.

- Advertisement -