United perlu segera mencari pengganti Maguire

0

Pelan tambahan untuk bahagian pertahanan tengah perlu segera diatasi sekiranya kapten Manchester United, Harry Maguire mengalami kecederaan berulang.

Pada musim lepas, United telah dikejutkan dengan kecederaan Maguire dan mengakibatkan beberapa siri kekalahan berlaku dan juga tewas dalam sepakan penalti di final Piala Europa.

United tidak boleh mengharapkan Maguire untuk bermain setiap perlawanan seperti musim 2019/2020. Kecederaan buku lalinya tidak akan pulih dengan segera dan akan berulang lagi pada masa akan datang.

Seorang pertahanan tengah yang baru dan berkualiti perlu segera dicari untuk menggantikan Maguire. Sekiranya dia bermain dalam keadaan sakit, perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh kelab. Maguire telah dibeli dengan harga £80 juta dan kelab perlu mengatasi masalah ini dengan segera.

Kita lihat sahaja apa yang terjadi lepas Liverpool musim lepas apabila pemain utama mereka, Virgil van Dijk telah mengalami kecederaan sehingga menyebabkan prestasi pasukan Liverpool merundum teruk.

‘Squad Depth’ United

Selain Maguire, United mempunyai Victor Lindelof, Eric Bailly Dan Axel Tuanzebe untuk pertahanan tengah. Bailly susah pasti akan mewakili negaranya , Ivory Coast untuk Piala Negara-Nega Afrika (AFCON) dan kemungkinan akan terlepas aksi bersama kelabnya selama sebulan.

Khabar angin juga menyatakan Axel Tuanzebe akan dipinjamkan ke kelab lain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya. Perkara ini bagus untuk meningkatkan prestasi pemain muda sepertinya. Adalah begitu rugi sekiranya United melepaskannya ke kelab lain.

Maguire yang masih dibelenggu masalah kesihatan perlu diberikan perhatian. Selain itu, pemain muda United Tendi Mengi juga akan dipinjamkan ke kelab lain untuk menambah minit permainannya. Pada musim lepas, dia dipinjamkan ke kelab Derby County yang Di bawah pengurusan bekas bintang United , Wayne Rooney.

Bersedia Untuk Kemungkinan Yang Buruk

Empat pemain pertahanan tengah dilihat mencukupi untuk Manchester United. Apabila Tuanzebe dipinjamkan ke kelab lain, United kekurangan seorang pemain.

Menurut MEN, bidaan United terhadap pemain Real Madrid, Raphael Varane telah ditolak. Ada juga laporan lain, United berminat dengan pertahanan kebangsaan Sepanyol Yang bermain untuk Villarreal, Pau Torres yang dilihat amat sesuai untuk United.

Walau siapapun pilihan United, individu tersebut perlu mempunyai kualiti seperti Maguire untuk United menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan juga bersaing dengan lebih baik di Liga Juara-Juara Eropah.

- Advertisement -