Berita Terkini

United perlu mencari penyerang seperti karakter Wayne Rooney – Michael Owen

87E1C10B-8D33-47CA-B6AE-66E6C450B2A3

Sedia maklum United sememangnya memerlukan dan mencari sedang memburu penyerang baharu. Ianya satu kewajipan buat kelab itu merekrut pemain serangan jika dilihat dengan situasi senarai dan kualiti pemain depan ketika ini..

Bagi bekas penyerang United dan Liverpool, Michael Owen telah memberikan nasihat dan pendapat bahawa United harus membawa penyerang muda ke Old Trafford. Mereka perlu membawa masuk pemain muda berbakat seperti ketika United membawa masuk Wayne Rooney pada tahun 2004

Keperluan dan kepentingan penyerang baharu United semakin kuat kerana Cristiano Ronaldo mungkin tidak akan menyambung kontrak bersama United dan usianya juga tidak membolehkan dia sentiasa berada dala prestasi cemerlang..

Owen sendiri bersetuju United perlu segera membawa masuk penyerang baharu kedalam psukan

“Kami tahu Cristiano Ronaldo tidak lagi muda dan musim ini mungkin musim terakhirnya bersama United jadi mereka memerlukan pemain baru dalam serangan mereka”

Menurutnya lagi serangan United ketika ini tidak begitu konsisten. Mereka perlu melaburkan banyak dalam posisi penyerang ini.

“Kami tahu United mempunyai Marcus Rashford yang sentiasa menjaringkan gol. Tetapi dia tidak pernah tajam dalam serangan”

“Situasi sama berlaku pada Martial.. di mana dia pernah menjaringkan gol lebih dari 20 dalam semusim.. dengan keadaan seperti ini United mesti benar-benar menguatkan barisan serangan mereka”

Owen menambah dan mendedahkan bahawa jenis profil yang perlu dilakukan oleh Manchester United pada ketika ini. Dia menganggap United harus mengutamakan penyerang muda yang berpotensi ketika mereka merekrut Wayne Rooney pada 2004

“Jika saya Manchester United saya mungkin akan mencari penyerang seperti Wayne Rooney apabila dia menandatangani kontrak dengan United”

“Mereka perlu menandatangani penyerang berusia 18,19 atau 20 tahun yang mempunyai potensi besar.. jika perlu United tidak perlu teragak-agak untuk membelanjakan wang yang banyak kerana pemain ini boleh menjadi tonggak barisan serangan mereka dalam dekad akan datang”

United dikaitkan dengan penyerang muda Cody Gakpo Dan Benjamin Sesko..

 

sumber : bola.net

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar