United pasti gembira dengan perkembangan semasa Di’Shon Bernard

0

Pemain pertahanan muda United, Di’Shon Bernard terus mempamerkan prestasi mantap ketika di pinjamkan ke Hull City pada musim ini. Di’Shon Bernard telah berada sebanyak 3 kali dalam kesebelasan utama pasukan tersebut dan statistik telah memaparkan yang dia merupakan permain terbaik Hull City pada ketika ini. Dia telah menerima ‘rating’ tertinggi dikalangan para pemain Hull City menurut ‘WhoScored.com’

Hull City telah berjaya mengekalkan rekod ‘cleen sheet’ bagi 2 perlawanan lepas. Mereka berjaya menahan asakan Bournemouth dan yang terkini Swansea City pada minggu lepas. Surat khabar tempatan Hull City telah memberikan Di’Shon Bernard rating’ sebanyak 8/10 dengan persembahannya itu.

Dalam akhbar tersebut, ‘Di’Shon Bernard telah bermain dengan baik ketika berhadapan dengan pemain lincah Piroe dan Bernard juga telah melakukan tugasan pertahanan dengan baik sepanjang perlawanan tersebut. Walaupun dia menerima kad kuning disebabkan kekasaran yang tidak sepatunya dilakukan, namun dia berjaya mengekalkan disiplin sepanjang permainan bagi mengelakkan layanan kad kuning ke-2nya.’

Bernard telah melakukan 7 ‘clearances’ dan merupakan tertinggi dikalangan pemain di atas padang, 2 ‘interceptions’. Dengan 62 sentuhan bola, dia merupakan pemain terbanyak melakukan sentuhan bola di atas padang. Kem United pasti gembira dengan perkembangan semasa Bernard ketika bersama pasukan Hull City pada ketika ini. Dia dijangka akan menjadi pilihan dikalangan pemain muda United selepas Teden Mengi gagal mendapatkan kelab untuk dipinjamkan pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Persaingan sihat di bahagian pertahanan United akan menjadi begitu rancak beberapa tahun akan datang. Bernard di antaranya yang akan mempunyai masa depan yang cerah untuk bermain bersama pasukan United untuk beberapa tahun akan datang.

- Advertisement -