United menasihati peminat untuk tidak membeli tiket haram untuk perlawanan ‘debut’ CR7

0

6369A3B5-3409-4708-9326-3CB60DA676C0Kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United telah menjadi magnet buat peminat United sehingga ada sesetengah pihak cuba memanfaatkan peluang ini untuk menjana keuntungan.

Seperti yang diketahui umum, Manchester United secara rasmi mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo mereka telah berjaya mendapatkan khidmat pemain dari Juventus pada minggu lalu.

Ronaldo dijadualkan untuk melakukan debut sulungnya pada 11 September di Old Trafford untuk perlawanan liga perdana inggeris bertemu Newcastle United.

The Times melaporkan bahawa terdapat sebilangan individu yang memanfaatkan semangat peminat United untuk melihat kepulangan Cristiano Ronaldo dengan menawarkan pelbagai pakej untuk harga tiket haram.

Menurut laporan itu, ada dua laman web yang menawarkan tiket haram untuk perlawanan Manchester United vs Newcastle nanti.

Yang pertama adalah Live Football Tickets yang menjual sekitar 200 tiket yang berkisar antara £250 sehingga £699.

Sementara satu lagi web rasmi Stubhub menjual tiket lebih mahal, iaitu £2514 setiap satu tiket. Sebagai gambaran, tiket rasmi yang dijual oleh pihak pentadbiran untuk orang dewasa di Old Trafford hanya berharga £43 pound.

Pengurusan Manchester United sendiri memberi tindak balas pantas terhadap tindakan ulat tiket.

Mereka meminta peminat untuk tidak membeli tiket dari laman web broker seperti itu Kerana kebanyakan tiket itu tidak sah.

Oleh itu, mereka sebenarnya menasihatkan peminat untuk membeli tiket dari laman web rasmi Manchester United.

Ronaldo dilaporkan sudah berangkat ke Manchester pada hari Khamis (2/9).Dia dibenarkan menarik diri lebih awal dari pasukan kebangsaan Portugal pada minggu antarabangsa kali ini kerana telah di gantung  pada perlawanan berikutnya.

(The Times)

- Advertisement -