United kini dalam proses mempercepatkan perpindahan Varane dan Camavinga

0

Manchester United boleh dikatakan sangat aktif dalam jandela perpindahan pada awal musim 2021/2022.Setelah mendapat khidmat Jadon Sancho, The Red Devils kini dalam proses untuk mempercepatkan perpindahan Raphael Varane dan pemain muda dari kelab Rennes Eduardo Camavinga.

United kini sedang menyiapkan projek besar-besaran.Di bawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer, United kini mula menunjukkan cita-cita untuk kembali bersaing untuk merangkul gelaran liga dengan membawa pemain-pemain berbakat.

Buat masa ini United telah berjaya mendapatkan Jadon Sancho dari Dortmund.The Red Devils telah menyempurnakan perpindahan sebanyak £73 juta pound untuk membawa pemain pemain berusia 21 tahun itu ke Old Trafford.

Berdasarkan laporan Fabrizio Romano, Manchester United kini mulai mendekati Eduardo Camavinga secara agresif.The Red Devils kini mula berhubung secara langsung dengan pemain tengah berusia 18 tahun itu. United juga telah bercakap dengan pihak Rennes mengenai minat mereka terhadap pemain ini.

“Manchester United sedang berhubung secara langsung untuk menandatangani Eduardo Camavinga,” kata Romano.

Menurut Romano, United tidak perlu memerlukan banyak dana untuk membawa pemain ini.Kontrak Camvamiga akan berakhir pada bulan Jun 2022. Rennes akan kehilangannya secara percuma musim depan jika mereka tidak menjualnya dari sekarang.

“Rennes akan terbuka untuk berunding mengenai biaya berpotensi 30 juta euro kerana mereka akan kehilangan Camavinga pada musim panas ini.

Bagi United, Camvamiga adalah pemain yang boleh diserapkan untuk skuad projek jangka masa panjang untuk kelab kerana dengan usianya yang baru berusia 18 tahun dan kerap bermain sebagai skuad utama di Rennes dalam dua musim terakhir telah membuatkan Solskjaer sangat berminat dengan potensi yang ada dari pemain ini.

Namun, United bukan satu-satunya kelab yang berminat dengan khidmat Camvamiga. “Dia adalah salah satu sasaran jangka masa panjang Manchester United. PSG juga selalu berminat,” kata Romano.

Dalam laporan yang sama seperti yang dilaporkan oleh ABC Sports, Manchester United dikatakan telah mencapai persetujuan pribadi dengan Varane dengan gaji sehingga 10 juta pound semusim.

Tidak hanya itu, Varane dilaporkan juga meminta agar perpindahannya dari Madrid ke Manchester segera diselesaikan.Tarikh akhir yang diberikan adalah dua minggu.

- Advertisement -